Bid’ah, Khurafat & Maksiat di Aidilfitri

Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan kita (umat Islam) hadiah Hari Raya Eidulfitri setelah kita melaksanakan suruhanNya iaitu berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Bagaikan madrasah Tarbiyah kerana inilah yang menjadikan manusia semua bertukar wajah daripada yang tidak pernah berpuasa sunat, boleh berpuasa di bulan Ramadhan tanpa gastrik. Daripada yang kedekut kepada dermawan. Daripada tidak pernah melakukan  solat sunat kepada melakukan solat sunat terawih 8 atau 20 rakaat dan banyak lagi  perubahan yang ketara berlaku dalam madrasah Tarbiyah ini.

Akhirnya berakhirlah Ramadhan maka menjelanglah Syawal. Saat ini kita diuji sama ada kita gagal ataupun lulus selepas melalui madrasah Tarbiyah. Sama ada kita lebih baik daripada Ramadhan ataupun lebih teruk daripada Ramadhan. Tetapi hari pertama Syawal amatlah menyentuh hati sanubari. Kadang-kadang rasa teramat sedih. Kadang-kadang terasa hina dan macam-macam perasaan yang bercampur baur. Tetapi yang pasti sangat menyedihkan kerana macam Allah dipermainkan oleh umat manusia masa kini…

Hal Dunia di Malam Eidulfitri

Ramai orang masa kini yang sibuk membeli baju raya, kasut raya, langsir raya, kereta raya, kuih raya dan lain-lain lagi. Sangat menyedihkan pabila di malam-malam raya sibuk semua orang dengan persiapan untuk raya pada pagi esok. Tidak salah untuk membuat persiapan raya tetapi jika berlebih-lebihan sehingga membazir adalah amalan syaitan.

Di malam raya sepatutnya lebihkan beramal daripada persiapan untuk beraya kerana dalam hadith nabi saw:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Eidulfitri dan Aidiladha dengan amal ibadat yang mengharapkan redha Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia”

-Riwayat At-Tabrani-

Ziarah Kubur

Kadang-kadang hati tertanya. Adakah 1 Syawal wajib pergi ke kubur? kerana masa inilah paling ramai manusia pergi ke kubur. Amalan ini sudah menjadi adat dan bukannya sunnah. Nabi selalu sahaja melawat perkuburan Baqi’ di Madinah iaitu perkuburan sahabat-sahabat nabi saw. Perkara ini adalah supaya kita lebih mengingati mati dan insaf atas perbuatan dosa yang dilakukan kerana kita juga akan menyusul di kemudian hari.

Terlihat  pada satu pasangan tua yang terkial-kial mencari dimana kuburan ibu bapa mereka. Jika selalu pergi melawat kubur, tidak akan jadi terkial-kial sebegitu. Maknanya bukan hanya melawat kubur pada 1 Syawal sahaja. Selain itu, mengapa perlu jirus air di atas kubur selepas membaca yasin? Mengapa juga perlu tabur bunga atas kubur? Adakah ini amalan Nabi saw?  Semua ini perlu dirujuk semula. Jangan main ikut sahaja sehingga tidak tahu tujuan kenapa buat sebegitu.

Baju Raya

Memang sunat jika pakai baju baru ketika hendak menunaikan solat Eidulfitri TETAPI yang menyeksakan mata muslimin adalah tabarruj jahiliah yang melampau. Kalau hanya memakai baju yang simple dan menutup aurat, tidak salah. TETAPI baju raya terutama perempuan sudah mula lupa pada nikmat Allah.

Dengan ‘make-up’ yang melampau sehingga menarik perhatian lelaki. Baju yang ketat, jarang, mendedahkan aurat dan sebagainya dipakai di pagi raya dengan penuh megah tanpa ada rasa takut pada Allah yang menciptakan manusia. Hilang semua kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan bila tibanya Syawal. Maksiat tidak dapat lagi dibendung pada hari raya.

Nabi saw tidak pernah menyuruh umatnya berhias di pagi Syawal sehingga melupakan syariat Allah. Yang paling menyedihkan apabila melihat sang ayah redha melihat anak bini mereka membuka aurat, pakai baju ketat dan jarang. Inilah yang Nabi saw gelar sebagai lelaki yang dayus. Maka benarlah kata-kata nabi yang akhir zaman akan ramai perempuan yang separuh bogel (buka aurat).

Makanan Raya

Ramai orang Islam buat ‘open house’ raya. Sebenarnya ‘open house’ Ramadhan lagi untung kerana akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Tidak salah juga menjamu orang makan TETAPI bila makan terlalu melampaui batas adalah dilarang dalam Islam. Didalam Quran juga ada disebut bahawa Allah sangat tidak menyukai orang yang melampaui batas.

Kerana dengan melampaui batas akan menyebabkan kesihatan terjejas. Begitu juga dengan tuan rumah. Mereka perlu pandai untuk mengagak kerana takut berlaku pembaziran. Membazir adalah amalan syaitan. Ingatlah saudara-saudara kita yang kelaparan dan tidak cukup makan di negara-negara Islam dunia.

Balik Kampung

Semua berebut-rebut balik kampung pada Hari Raya. 1 Syawal lah yang menjadi masa semua orang untuk bertemu ibuj bapa di kampung. Sedangkan Nabi saw menggalakkan kita untuk menziarahi ibu bapa berkala. Bukannya Setahun sekali. Itulah yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalanraya kerana semua berebut hendak pulang ke kampung.

Kesimpulan

Ini hanyalah lontaran untuk membuka minda semua pembaca. Semoga apa yang kita buat adalah seiring dengan apa yang Nabi saw lakukan supaya beroleh keberkatan. Akhir kata, Selamat Hari Raya dan sambutlah Syawal dengan penuh rasa kesyukuran atas nikmat Allah.

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden ,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 1 Syawal 1432 H bersamaan 30 Ogos 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: