Perutusan Hari Raya Eid Fitri dan Sambutan Kemerdekaan Dari Presiden PMIUPM

Alhamdulillah wa syukurillah, selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda, yang mana dengan usaha gigih mereka, kita berpeluang bersama-sama meraikan majlis ‘konvokansyen’ University of Ramadhan pada tahun ini.

Graduan sekalian, selama 29 hari kita bertungkus lumus menghadapi segala bentuk ujian yang menguji ketahanan jiwa dan kekuatan iman sehingga melayakkan kita menerima pengijazahan dari cancelor yang Maha Agung. Buat yang berjaya dengan cemerlang dan dianugerahkan ‘anugerah khas Lailatul Qadr’, bergembiralah dia dengan segala usahanya, namun untuk yang tidak berjaya, sama-samalah kita berdoa, agar segala amalan kita diterima. Sesungguhnya, bukanlah Ramadhan itu yang memberi berkat, tetapi rahmat Allah lah yang memberkati kita sepanjang masa.

Untuk kesempatan yang ada ini, suka untuk ana berkongsi beberapa amanat buat rakan-rakan yang telah ‘bergraduat’dari UniversitI Ramadhan ini, sebagai bekalan menghadapi temujanji kita pada 1 syawal nanti.

1-      Mandi sunat sebelum keluar pergi ke tempat solat

2-      Berhias dan bercantik-cantik pada hari raya

3-      Makan sebelum keluar ketempat sembahyang

4-      Menunaikan solat hari raya dan digalakkan menunaikannya di kawasan tanah lapang

5-      Pergi dan pulang dari tempat solat menggunakan jalan yang berbeza

6-      Melaungkan takbir

Suka juga untuk ana ingatkan berkenaan pergaulan antara kaum kerabat, terutama antara sepupu dan ipar duai, tak kira serapat mana pun hubungan kita semua, batas aurat dan pergaulan, sama-sama kita pelihara. Mungkin diawalnya agak sukar, tapi yakin dan percayalah sahabat-sahabat, kejernihan akhlak islam itu, lambat laun, pasti akan difahami.

Untuk akhirnya, ana mohon maaf atas segala silap dan salah ana sepanjang ana menerajui Persatuan Mahasiswa Islam ini. Tidak lupa ucapan salam kemerdekaan buat seluruh warganegara Malaysia, semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan ‘kemenangan’ (Syawal) benar-benar memberi kemenangan sejati buat anak-anak generasi baru ini.

Taqabalallahuminna wa minkun

p/s- Jemput datang beraya ke rumah ana di Kluang, Johor. Kuih raya disediakan, Duit raya akan diberi mengikut terma dan syarat!^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: