Perutusan Presiden PMIUPM Sempena Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2011/2012

Assalamualaikum wbt..

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Mahasiswa/i yang dikasihi sekalian,

Pertama-tamanya masih tidak terlambat bagi saya mewakili saff pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Salam Kemerdekaan ke-54 kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Di kesempatan ini kami (PMIUPM) mengucapkan tahniah kepada mahasiswa/i yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UPM yang dahulunya lebih dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia dan lebih banyak membawa imej pertanian moden Malaysia. Mahasiswa/i baru juga perlu berbangga dan bersyukur dengan kemasukan anda ke UPM yang merupakan antara salah sebuah universiti penyelidikan selain Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Oleh itu, segala peluang yang diberikan janganlah disia-siakan dan dihampakan. Tuntutlah ilmu dengan sebaik-baiknya seperti yang disarankan oleh Islam.

Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad 

-Hadith-

Kecemerlangan anda dalam bidang akademik sangat diharapkan dari pihak universiti, ibu bapa dan semua yang berada disekeliling anda. Kecemerlangan anda di sekolah, matrikulasi, diploma, politeknik dan sebagainya perlulah diteruskan di UPM bagi merealisasikan visi UPM untuk “Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa”.

Mahasiswa/i yang dikasihi sekalian,

Selain berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik, anda juga mestilah menjadi mahasiswa/i yang sentiasa matang, berfikir diluar kotak dan menilai sesuatu setelah meneliti semua sumber pandangan pelbagai pihak selari dengan 9 kemahiran insaniah yang digariskan oleh NC (Naib Canselor) dan TNC (Timbalan Naib Canselor) UPM. Hal ini kerana mahasiswa/i merupakan agen perubahan bagi menentukan masa depan negara.

Kami (PMIUPM) sentiasa mengalu-alukan kedatangan mahasiswa/i baru ke kampus hijau ini. PMIUPM menawarkan segala bentuk medium yang sesuai dengan jiwa mahasiswa/i terutamanya dalam akademik dan kebajikan mahasiswa. Salah satu medium latihan PMIUPM ialah Smart Circle yang merupakan tunjang PMIUPM dalam melaksanakan gerak kerja PMIUPM. Ada juga Smart Sport, Smart Bisness, Smart Art, Smart Talk dan Smart ICT. Semua ini membolehkan anda menyalurkan bakat-bakat anda dalam PMIUPM.

Mahasiswa/i yang dikasihi sekalian,

Kami bersedia menjaga anda di kampus dengan tangan terbuka menerima anda sebagai ahli kami. Ini kerana berada di kampus adalah sangat berbeza dengan suasana sekolah. Anda akan berjauhan daripada ibu bapa, duit biasiswa akan diberikan dalam 4 angka, pengaruh kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang. Oleh itu, kami bersedia menjaga anda di kampus untuk memastikan anda tidak hanyut di dunia kampus. Al-Quran dan sunnah dijadikan tunjang utama kami sebagai nadi perjuangan Islam di kampus.


Akhir kata dari saya mewakili saff pimpinan PMIUPM mengharapkan mahasiswa/i baru dapat menempuh dunia kampus selepas mendaftar dengan jayanya dengan menjadikan Islam sebagai nadi utama untuk anda terpelihara di dalam kampus. Salam Mahasiswa Peneraju Ummah dari kami.

Sekian, terima kasih.

‘YOUR EXCELENT PARTNER’

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 8 Syawal 1432 H bersamaan 6 September 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: