Biar Orang Cina Pimpin Islam

Shah Alam, 4 Oktober – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah berjaya menganjurkan satu program ilmiah yang memberikan impak dan membina minda masyarakat iaitu Program Bicara Buku: “Pembinaan Semula Teori Kepimpinan Dan Kepengurusan Rumpun Melayu” dan “Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz” bertempat di Dewan Auditorium, Tingkat 2, Perpustakaan RATU.

Forum ini dibentangkan oleh ahli-ahli panel yang hebat. Antaranya adalah Dr Mat Rofa Ismail dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Prof Madya Dr. Zaid Ahmad, Dekan Fakulti Ekologi Manusia serta Prof Dr. Shaharir Mohamad Zain,  Profesor Matematik Negara. Forum ini dipengerusikan oleh Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman.

Forum ini dihadiri sekurang-kurangnya 150 orang yang terdiri dari kakitangan PPAS, pensyarah-pensyarah, pelajar PHD dan Master serta mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara. Perbincangan ilmiah ini menunjukkan reaksi yang sangat baik dari para peserta forum ini.

dari kiri: Prof Shaharir, sdr Hazim, Prof Zaid Ahmad

Turut hadir Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh ke diskusi ilmiah ini. Saudara Hazim mengatakan bahawa program sebegini telah membuka minda rakyat bagi menilai ciri seorang pemimpin masyarakat yang berlandaskan Islam. Tok Guru Nik Aziz juga banyak melakukan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw.

“Biar orang Cina pimpin Islam merupakan satu kata-kata Tok Guru Nik Aziz yang amat terkesan bagi diri saya kerana sifat seorang pemimpin Islam diamalkan sama seperti Nabi Muhammad saw yang menunjukkan Islam untuk semua dan Islam itu adil. Menggambarkan juga Islam tidak mengira bangsa dan warna kulit”, ujar beliau ketika ditemuramah selepas forum ilmiah itu berlangsung.

Memetik kata-kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, “Semua manusia seluruh dunia adalah adik-beradik sebenarnya tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa.

“Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad (S.A.W) dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah, Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.”

Semoga diskusi ilmiah sebegini dapat diperbanyakkan di seluruh negara terutama IPTA dan IPTS bagi menjamin negara dipacu oleh anak muda yang terdedah kepada ilmu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: