Tahniah Graduan UPM!!! – Presiden PMIUPM

Pada hari ini (15-19  Oktober), Majlis Konvokesyen UPM kali ke-35 berlangsung, menyaksikan mahasiswa serta mahasiswi UPM bergraduat setelah bertungkus lumus menuntut ilmu. Selepas bergraduat ada yang bekerja, ada yang akan menyambung pengajian ke pringkat lagi tinggi dan ada yang melaksanakan bermacam-macam lagi aktiviti bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini.

Tetapi perlulah diingatkan bahawa bukan hanya sekadar disini sahaja untuk menuntut ilmu. Ilmu Allah itu luas sehinggakan dakwat daripada tujuh lautan pun tidak mencukupi. Semakin kita tuntut ilmu, semakin banyak lagi yang perlu kita dipelajari. Ilmu perlulah dituntut sehingga akhir hayat kita. Dalam hadith Nabi saw:

“Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”

Akhir kata dari saya bersama barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) mengucapkan tahniah kepada mahasiswa UPM yang bergraduat dan gunakanlah ilmu yang diperolehi ke arah kebaikan serta diaplikasikan dalam kehidupan.

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

 Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 17 Zulkaedah 1432 H bersamaan 15 Oktober 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: