Seru Rakyat, Pertahankan Akademik: Presiden PMIUPM

 

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) menyokong penuh tindakan gerakan mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam mempertahankan kebebasan akademik untuk turun esok di masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi menyatakan bantahan kepada tindakan yang disifatkan sebagai “undang-undang dalam cermin”.

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai pensyarah undang-undang universiti itu. Tindakan ini adalah ekoran dakwaan kerana “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Saya selaku Presiden PMIUPM menyeru seluruh rakyat Malaysia menuntut keadilan demi mempertahankan kebebasan akademik. Jangan kita hanya dapat ilmu dibilik-bilik kuliah sahaja tetapi tidak pandai untuk mengaplikasikan ilmu dalam perjuangan keadilan. Tindakan mendiamkan kebenaran hanya seperti bangkai bernyawa. Ayuh semua turun di masjid UIA gombak selepas solat Jumaat.

 

 

MUHHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malysia (PMIUPM)

Bertarikh: 23 Zulkaedah 1432 H bersamaan 21 Oktober 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: