Bantah Program Seksualiti Merdeka: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini.

Presiden PMIUPM

Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

1. Saya mewakili Saff Pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) serta seluruh umat Islam membantah sekeras-kerasnya penganjuran Program Seksualiti Merdeka.

2. Program ini telah menceroboh hak asasi manusia yang telah digariskan oleh Allah iaitu gay, lesbian dan seumpamanya. Hak asasi yang selari dengan syariat Allah SAHAJA yang dibenarkan. Jangan jadi seperti kaum Nabi Lut as yang akhirnya Allah menurunkan bala kepada kaumnya yang derhaka.

3. Program seperti ini telah berlaku sejak tahun 2008 lagi tetapi masih lagi tidak ada tidak ada tindakan daripada pihak kerajaan memerintah

4. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera kepada penganjur serta media massa yang menyebarkan perkara ini. Ini kerana dengan tersebarnya perkara ini kepada masyarakat secara tidak langsung telah mendidik masyarakat kepada perkara negatif seperti rasuah, fitnah dan sebagainya.

5. Perlu diingatkkan perkara ini jangan dipolitikkan kerana melibatkan isu agama. Islam menghormati semua agama. Sekiranya orang bukan Islam memperjuangkan kebenaran selagi tidak bercanggah dengan agama Islam maka perlulah kita bersatu atas dasar kebenaran. Tetapi jika melibatkan agama Allah, maka kita perlu tegas dalam mempertahankan agama Allah.

6. Konsep ini diambil dari Nabi Muhammad saw yang mana Islam akan bangkit menentang sekiranya orang bukan Islam melawan Islam. Sebaliknya Islam akan berdamai sekiranya orang bukan Islam tidak bermusuh dengan Islam, rela berada dibawah pemerintahan Islam serta menyokong kebenaran.

7. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada itu. Diharapkan pihak kerajaan serta pihak-pihak berwajib dapat bertindak dengan segera terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka ini.

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

 Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 9  Zulhijjah 1432 H bersamaan 05 November 2011

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: