Salam Eidul Adha 1432 H: PMIUPM & PMRAM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha bagi tahun 1432 H kepada seluruh umat Islam khususnya mahasiswa/wi Islam di Mesir dan Malaysia. PMIUPM dan PMRAM  mendoakan agar Eidul Adha pada tahun ini memberikan kejayaan yang besar kepada umat Islam.

 

PMRAM dan PMI UPM mengingatkan bahawa sambutan Eidul Adha merupakan sunnah dalam memperingati siri-siri pengorbanan para rasul dan pejuang agama khususnya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Eidul Adha juga merupakan medium peringatan kepada umat Islam seluruh dunia bahawa perjuangan tidak akan lari daripada pengorbanan. Tiada perjuangan melainkan adanya pengorbanan. Bahkan bagi mencapai erti kejayaan yang sebenar mestilah melalui pengorbanan.

Pengorbanan sebagaimana yang dituntut mestilah mengorbankan segala aspek kepentingan dalam diri bagi memberikan segala-gala kepada Allah, rasul dan Islam. Dalam Al-Quran juga, Allah mengingatkan manusia bahawa sekiranya ada unsur-unsur luar yang menghalang kecintaan kepada syariat Allah, sunnah rasul serta perjuangan maka akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengannya bahkan mereka digelar sebagai golongan yang fasiq.

Selain itu, jika menyingkap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS maka akan didapati bahawa bagi melengkapkan pengorbanan tidak dapat tidak mestilah mempunyai sifat taat dan patuh dalam diri seseorang.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika mana diperintahkan oleh Allah supaya meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS (yang masih usia kecil) di lembah yang kering kontang, namun baginda sedikit pun tidak merasa ragu atau mempertikaikan suruhan bahkan melaksanakan sepenuhnya dengan penuh taat dan patuh serta tawakkal kepada Allah.

Begitu juga dalam kisah suruhan penyembelihan Nabi Ismail AS, Nabi Ibrahim AS melaksanakan suruhan dengan penuh ketaatan  walaupun terpaksa mengenepikan sifat kebapaan selaku seorang manusia.

Justeru, siri-siri pengorbanan yang diputarkan ketika Eidul Adha, maka PMIUPM dan PMRAM  menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi Islam di Mesir dan Malaysia agar sama-sama turun ke medan dakwah dan berjuang bagi menegakkan syariat Allah.

Bahkan PMIUPM dan PMRAM bersetuju bahawa kebangkitan mahasiswa Islam di era ini mestilah disertakan dengan pengorbanan yang tinggi bagi mencapai kemenangan yang diimpikan.

Muhammad Hazim Mohd Noh

Presiden

Persatuan Mahasiswa Islam UPM

(PMIUPM)

&

Muhamad Zuhaili Saiman

Presiden

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

(PMRAM)

Bertarikh: 9 Zulhijjah 1432 H bersamaan 05 November 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: