Kesatuan Mahasiswa Islam, Menuju Kebangkitan Islam: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah saat ini telah kami berjaya mengadakan sidang meja tertutup bersama beberapa Persatuan Mahasiswa Islam kampus yang terdiri daripada kampus-kampus lembah Klang. Antara yang terlibat dalam persidangan ini adalah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Ma’aruf Club Universiti Islam Antarabangsa (MC UIA).

Hasil daripada persidangan ini kami bersetuju untuk memulakan satu era kepimpinan baru yang akan menyelaraskan pertarbiyahan kampus seterusnya akan bergerak bersama-sama melaksanakan misi dakwah Rasulullah dengan satu batang tubuh di bawah payung Gabungan Mahasiswa Islam  Se-Malaysia (GAMIS). Ini merupakan satu langkah awal dalam merealisasikan hadith Rasulullah saw ke arah mewujudkan khilafah Islam dan Islam akan menakluki dunia dengan penyatuan dari semua umat Islam seluruh dunia.

Apa yang kita lihat hari ini pun sangat menyedihkan bila mana negara-negara Islam hanya berjuang secara bersendirian mempertahankan negara mereka daripada ancaman musuh Allah swt. Umat Islam hanya dapat menyatakan rasa tidak puas hati dengan turun di jalanan tanda protes aman tetapi masih takut untuk membantu negara-negara Islam yang ditindas. Sedangkan umat Islam merupakan umat majoriti di dunia.

Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan zaman khilafah Islamiyah dahaulu kala. Dalam satu riwayat ada menceritakan bahawa terdapat seorang muslimat ketika berada di tengah kelompok orang ramai, tiba-tiba seorang Yahudi lelaki menarik tudung dan jilbab muuslimah tersebut sehingga terbuka auratnya ditengah-tengah orang ramai. Maka berlarilah pemuda Islam menuju ke istana Khalifah Islam masa itu dengan menjerit memanggil nama Khalifah Muqtasim dan melaporkan kejadian yang berlaku itu. Maka tanpa bertangguh lagi, Khalifah Muqtasim menghantar 1 Batalion tentera Islam yang terdiri daripada pelbagai negara Islam menyerang lelaki Yahudi tersebut.

Ini dapat menunjukkan kesatuan umat Islam zaman itu sehingga dapat menghantar tentera untuk membantu negara-negara Islam yang ditindas. Maka di akhir zaman nanti akan tertegaknya Khilafah Islam di dunia ini. Oleh itu kita hendaklah sedar unutk pelbagaikan usaha dalam menyatukan umat Islam terutama di negara Malaysia yang tercinta ini.

Selepas ini akan kami mengatur aksi-aksi dan tindakan demi tindakan demi meyatukan umat Islam di Malaysia ini terutama dalam ruang lingkup Mahasiswa dan mahasiswi serta pemuda -pemuda Islam. Diharap dengan penyatuan semua kumpulan Islam akan dapat memenangkan Islam dan seterusnya menyumbang kepada tertubuhnya Khilafah Islamiyah.

Akhir kata dari saya mewakili sahabat-sahabat seperjuangan supaya kita dapat meneruskan agenda perjuangan di seluruh pelusuk negara seterusnya dapat menyatukan kembali umat Islam bagi menuju kebangkitan Islam yang disebut-sebut oleh Rasulullah saw.  Rebutlah peluang yang ada untuk kita merealisasikan hadith Nabi saw sepertimana Sultan Muhammad Al-Fateh merealisasikan hadith Nabi saw.

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 24 Zulhijjah 1432 H bersamaan 20 November 2011

2 Comments

  1. rosnieazlaili

    sokong 500%

    • abdullah(hamba allah)

      saya sangat setuju dengan pendapat tuan..saya amat menyokong gerakan ini dan amat berharap gerakan seperti ini mendapat sambutan yang luar biasa..supaya terbela agama islam..ingat umat islam sedang perlukan pejuang..dan saya da lama bersedia menjadi pejuang bagi membela agama allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: