ODF Hasan al-Banna di zaman kecil beliau

Hasan al-Banna adalah seorang murid yg belum genap usia 10 th, pada ketika itu beliau telah mendirikan sebuah organisasi di sekolah iaitu Jum’iyyat Man’ul Muharromat (Organisasi Anti Maksiat). Hasan al-Banna sendiri yg memimpin organisasi ini. Apabila organisasi ini melihat ada salah seorang daripada penduduk setempat telah melakukan penyimpangan daripada hukum syari’ah, dia memperingatkannya dgn cara mengirim sepucuk surat yang menyebutkan mengenai penyimpangan tersebut serta meminta  pelakunya supaya berpegang teguh kpd hukum syari’ah. organisasi ini sangat aktif sebab dalam tempoh waktu yg tdk terlalu lama ia telah memperingatkan sebahagian besar penduduk daerah tersebut.

Banyak org bertanya tentang pihak yang mengirimkan surat-surat peringatan itu. Mereka menyangka pihak yang melakukan tindakan seperti itu adalah duru yang bernama Syeikh Zahran. Syeikh Zahran selalu menjawab tidak tahu sehingga pd suatu ketika ada seorg yg tdk dpt melihat tlh menerima sepucuk surat yg aneh yg menyatakan bahawa dirinya tlh melakukan solat Zuhur di antara tembok-tembok masjid. Hal ini hukumnya makruh bagi seorang alim. Seorang alim seharusnya meninggalkan perkara-perkara yang makruh agar orang-orang awam meninggalkan perkara-perkara yg haram. Orang alim ini kemudian bertanya sebab dia sendiri tidak tahu tentang hukum ini dan meminta Hasan al-Banna menyertainya dan membacakan isi surat serta mencari hukum mengenainya. Hasan al-Banna menjawab, “Wahai Syeikh, hukumnya ada, dalam kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari,” Hasan al-Banna kemudian berkata. “Aku membacakan hukum itu kepadanya sambil tersenyum.”

Peristiwa ini menunjukkan Hasan al-Banna mempunyai bacaan yg luas dan pengetahuannya tentang hadis-hadis Rasulullah dan hukum agama. Dia mengetahui sesuatu yg tdk diketahui oleh guru dan imanmnya,

Maha benar Allah SWT ketika berfirman yang bermaksud,

“Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yg dalam tentang al-Quran dan as-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang amat banyak.” (al-Baqarah: 269)

Rujukan:

1. Fiqh Politik Hasan al-Banna, Kelebihan Hasaan al-Banna dalam bidang Fiqh dan politik, Dr M. Abdul Qadir Abu Faris,

2. http://mypustaka.20m.com/custom3.html

[Best Quote today] POLITIK SENTUHAN WANITA
“Kalau ada sentuhan wanita, inshaAllah politik jadi lebih indah, lebih damai. Seperti masjid jika diurusi oleh kaum ibu, akan jadi lebih wangi, harum dan bersih.” Bunda Yoyoh Yusro
dari blog kak Masturah Abu Bakar http://www.islamcintaku.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: