Penghijrahan Nabi saw Berstrategi: Presiden PMIUPM

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Seringkali kita melihat umat Islam hanya memperingati nabi saw bermusim. Selalunya apabila umat Islam apabila menyambut Maulidurrasul, awal Muharram serta beberapa peristiwa penting Islam, maka barulah masing-masing sibuk untuk memperingati nabi saw. Sepatutnya konsep salah yang telah menular dalam diri masyarakat kini perlulah diperbetulkan. Memperingati nabi saw perlulah pada setiap masa dan detik.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Sebelum siri nabi saw berhijrah ke Madinah, nabi saw telah pun berhijrah ke beberapa tempat seperti di kota Thaif dan Habsyah. Nabi berhijrah bersama Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah saw ke kota Thaif merupakan hijrah pertama. Kedatangan baginda tidak disambut sebagai tetamu tetapi disambut dengan batu dan tomahan daripada penduduk kota Thaif. Manusia yang pelbagai umur sanggup melemparkan batu sehinggakan kaki nabi saw berlumuran darah.

Di Habsyah pula penghijrahan orang Islam Mekah disambut baik kerana Raja Najasyi yang beragama Kristian juga mempercayai Allah wujud. Orang Islam diberi perlindungan selagi mereka berada dalam Habsyah.

Selepas berlakunya dua penghijrahan ini, maka nabi bersama umat Islam yang lain berhijrah ke Madinah dan akhirnya berjaya membentuk kerajaan Islam Madinah. Secara politiknya, nabi saw berhijrah bersama umat Islam kerana sedang melakukan tinjauan yang begitu rapi untuk mencari tapak yang sesuai untuk membina sebuah negara Islam. Alhamdulillah rupa-rupanya Madinah merupakan tempat yang dicari-cari.

Sebelum berjaya membentuk sebuah negara Islam Madinah, nabi saw memasang strategi yang cukup kemas dan rapi. Antara strategi yang dirangka oleh nabi saw:

1. Perjanjian Aqabah 1 & 2

2. Saidina Ali menggantikan tempat tidur Rasulullah saw.

3. pengembala kambing untuk menutup nekas tapak kaki Rasulullah bersama Abu Bakar di padang pasir.

4. melaluli jalan yang jauh untuk ke Madinah.

5. Bersembunyi di Gua Thur.

Bersembunyi di Gua Thur adalah kemuncak usaha nabi saw bersama Abu Bakar. Maka ketika itu Allah menghantar tenteraNya iaitu labah-labah untuk menutup pintu Gua Thur serta menghantar burung merpati untuk duduk dan bersarang depan pintu gua itu. Akhirnya nabi saw bersama Abu Bakar terselamat dari diburu oleh Kafir Quraisy.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Sempena kita berada di tahun baru Hijrah ini, diharapkan semua umat Islam dapat berhijrah kepada yang lebih baik. Kita jadikan peristiwa hijrah Rasulullah saw sebagai ‘references’ untuk kita menjadi yang lebih baik.

Dari segi amalan kita perlu berubah. Kalau dahulunya kita hanya buat ibadah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, maka kali ini perlulah berubah kepada yang lebih baik. Selalunya kita tidak melakukan puasa sunat, maka pada kali ini kita mula berpuasa.

Dari sudut pemikiran kita sebagai mahasiswa Islam dan umat Islam juga perlukan perubahan dan penghijrahan. Jangan kita jumudkan pemikiran kita dengan pemikiran yang lama. Zaman berdakwah pada zaman dahulu, berbeza pada zaman sekarang. Maka perlulah disematkan pemikiran yang strategik untuk melakuka kerja-kerja dakwah sepertimana Rasulullah berstrategik dalam melakukan hijrah.

Untuk diri mahasiswa Islam, pelajaran itu penting. Dalam hijrah nabi saw, baginda berusaha sehingga ke kemuncak maka selepas itu barulah baginda bertawakkal kepada Allah swt. Sama juga situasi pembelajaran,. Setelah bertungkus-lumus berusaha, maka diperingkat akhir perlulah kita bergantung kepada Alla swt sebagai pemutus keputusan akhir.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Akhir kata dari saya mewakili saff-saff pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433 H. Semoga dapat mengaplikasikan perjalanan sirah nabi saw dalam kehidupan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.

l Your Excellent Partner l

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 1 Muharram 1433 H bersamaan 26 November 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: