PMIUPM – KAIUMT Jalin Hubungan Dua Hala

SERDANG, 9 DIS – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh menyambut baik hasrat Presiden Kelab Amatur Intelektual Universiti Malaysia Terengganu (KAIUMT), saudara Omar Mokhtar b Mustafa untuk menjalinkan hubungan dua hala antara PMIUPM – KAIUMT.

Beberapa hari lepas, Presiden KAIUMT telah menghantar wakil rombongannya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk bertemu empat mata bersama pihak PMIUPM bagi melaksanakan misi untuk bertukar pandang idea-idea baru yang boleh diaplikasikan dalam gerakan Islam.

Antara yang diharapkan dalam hubungan dua hala ini adalah hubungan rasmi antara dua pihak. Selain itu, maklumat semasa dapat dikongsikan bersama antara PMIUPM dan KAIUMT. Dalam pada itu juga diharapkan supaya kedua-dua pihak dapat memperanan saluran penerangan dan isu semasa secara bersama.

Sebelum rombongan KAIUMT tiba di UPM, mereka telah pun berkunjung ke selatan tanahair bagi bertemu pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM), sdr Munzir Musa (Presiden) dan wakil Persatuan Islam di Universiti Teknikal Melaka (UTeM), sdr Rahman.

Kami (PMIUPM) mengharapkan hubungan kerjasama dua hala ini akan berkekalan dan akan dapat memberi impak yang besar dalam melahirkan pejuang-pejuang Islam yang mempunyai kemantapan fikrah Islam yang jelas” kata Presiden PMIUPM ketika ditemui media.


Semoga jalinan kerjasama ini diredhai Allah dan seterusnya dapat melebarkan sayap Islam di seluruh dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: