Jaga Barang Anda Di Hujung Sem, Good Luck EXAM!!

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Hujung Semester

Pada hari ini merupakan minggu terakhir bagi sesi pembelajaran sem ini. Mahasiswa akan melalui fasa kedua iaitu ‘study week‘  dan selepas itu akan terus menghadapi minggu peperiksaan akhir bagi sessi ini. Sepertimana kebiasaan di setiap kampus, apabila tiba di akhir sem, akan berlaku banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan laptop, kehilangan wang, kecurian motor dan yang berkaitan dengannya.

Hal ini berlaku disebabkan ramai yang telah kehabisan duit biasiswa dan pinjaman kerana dari pengurusan duit yang kurang cermat. Awal-awal semester merupakan ‘syurga‘ bagi mahasiswa dan mahasiswi kerana wang berjumlah 5 angka berada dalam tangan. Ada yang cermat menguruskan duit dan ada yang tidak cermat sehingga pada hujung semester, maka mereka terpaksa mencari ‘duit poket‘ sendiri untuk pulang ke kampung bagi menampung perbelanjaan untuk pulang ke rumah. Apabila tidak ada duit maka ada yang terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya.Maka perlulah anda berhati-hati menjaga barang anda dihujung semester ini.

Final Exam

Mahasiswa dan mahasiswi akan tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan akhir. Maka perlulah dinasihatkan kepada semua untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengejar tanda aras kecemerlangan. Usaha hendaklah dilakukan sehingga pada tahap tertinggi dan akhirnya barulah kita menyerahkan diri kita untuk bertawakkal kepada Allah sebagai pemutus keputusan akhir kita sepertimana tindakan dan usaha yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw dalam siri hijraturrasul. Sehingga usaha tahap tertinggi bersembunyi di Gua Thur dan selepas itu barulah nabi saw bertawakkal kepada Allah lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tentera Allah iaitu labah-labah dan sarangnya serta burung merpati.

Dan janganlah kita hanya berimankan ‘exam oriented‘ dengan hanya menumpukan sepenuhnya pada pembelajaran dalam bilik kuliah yang berhawa dingin tetapi perlulah kita keluar dari kepompong untuk menggunakan diri kita sebagai golongan-golongan yang dianggap intelek oleh masyarakat di negara kita sebagai orang muda yang berani untuk menegakkan kebenaran. Jangan mendidik diri kita berdiam diri dan menghalalkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Pulang ke Kampung

Pada hari Krismas ini akan ada mahasiswa yang akan pulang ke kampung. Dan selepas habis mengharungi peperiksaan akhir semester, mahassiwa juga akan berkemas untuk bertemu ibu bapa dan sanak saudara di kampung yang mungkin sudah lama tidak bertemu. Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam perjalanan balik dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Akhir kata, saya mewakili saff pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir semester, selamat pulang ke kampung halaman dan semoga dapat memanfaatkan masa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Wallahu’alam..

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden ,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 27 Muharram 1433 H bersamaan 23 Disember 2011

1 Comment

  1. good idea im gonna try it

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: