Hassan Ali Sekat Hak Rakyat: Presiden PMIUPM

“Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) suapaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

“Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir,” katanya.

“Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

-petikan dari Malaysiakini: Hassan Ali-

Salam Aktivis Mahasiswa,

Adalah satu tindakan yang dianggap baik apabila Datuk Hasan Ali mengeluarkan kenyataan yang sangat ‘caring‘ kepada mahasiswa dengan menasihati mahasiswa tidak hadir ke perhimpunan 901 yang mana dirinya juga tidak hadir.

Akan tetapi kenyataan ini mengundang kemarahan pihak yang hendak berhimpun kerana setiap batang tubuh rakyat tidak kira berlatarbelakangkan apa sekalipun ada hak untuk berhimpun.

Datuk Hasan Ali tidak ada hak untuk menghalang rakyat untuk berhimpun khususnya mahasiswa kerana:

1. Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak asasi manusia bersifat asas yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

2. Jika mahasiswa atau rakyat tidak pergi ke Perhimpunan 901 sekalipun, majoriti mahasiswa atau rakyat tetap akan membazir masa dengan berdating, menonton wayang, berfacebook, dan sebagainya dan bukannya menghabiskan masa untuk belajar.

3. Rakyat berhimpun bukan kerana peribadi Anwar tetapi kerana politik nilai yang sudah hilang dalam pada keadaan Malaysia yang mengamalkan politik jijik dan mengaibkan maruah individu.

Oleh itu, rakyat berhak untuk membuat keputusan sama ada untuk turun berhimpun ataupun tidak.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Safar 1433 bersamman 6 Januari 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: