Susulan Kenyataan Pemuda PAS Kedah: Presiden PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

1. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas kenyataan rasmi dalam menghormati hak kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Adalah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah amat menghormati hak kebebasan bersuara dan berhimpun sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.”

2. Secara peribadi saya menyokong kenyataan rasmi tersebut oleh Ustaz Ahmad Bin Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah.

3. Jutaan kemaafan atas keterlanjuran kenyataan rasmi saya sebelum ini kerana menerima sebaran message fitnah yang didakwa daripada Pemuda Pas Kedah yang menghalang dan mengharamkan mahasiswa untuk terlibat dan menyertai Program Dialog Anak Muda yang dianjurkan SMM, GMI dan IMP.

4. Saya juga meminta maaf berhubung dakwaan saya tentang tuduhan message lucah dan fitnah oleh Pemuda PAS Kedah.

5. Saya mencabar pada empunya nombor yang bertanggungjawab menghantar message lucah dan fitnah kepada saya supaya tampil ke hadapan untuk meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 36 jam.

6. Saya akan berbincang dengan peguam bagi membuat laporan polis untuk siasatan lanjut selepas empunya  nombor ini tidak menghirau tempoh yang saya berikan.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 24 Safar 1433 H bersamaan 18 Januari 2012

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: