“Saya Tidak Digugurkan Jawatan, Hanya Disabotaj Oleh Pemuda ‘Brunei’..”: Presiden PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Berkaitan isu kebelakangan ini, saya ingin menjawab bagi pihak saya:

1. Saya menafikan kenyataan yang dibuat oleh satu laman blog http://gazebodaily.net/2012/01/20/akibat-lawan-parti-pas-presiden-pmi-upm-disabotaj/  yang mengatakan saya bakal digugurkan jawatan oleh pihak tertentu.

Setelah beberapa hari lalu Presidennya, Hazim Mohd Noh mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan Pemuda PAS negeri Kedah (baca) berkenaan isu KUIN, hari ini diberitakan jawatannya sebagai Presiden PMI UPM bakal digugurkan pihak tertentu.

2. Saya cuma disabotaj oleh pemuda ‘Brunei’ yang meng’hack’ laman sosial kepunyaan saya (facebook), blog dan emel saya dan juga telah meng’hack’ facebook pmiupm  serta blog pmiupm.

3. Saya cabar kepada pemuda ‘Brunei’ itu untuk tampil kembalikan apa yang di’hack’ dan jangan bermain seperti orang yang pengecut dan tidak berani ke hadapan. Perbuatannya itu umpama seorang budak yang masih tidak mumaiyyiz. Tampillah untuk meminta maaf.

4. Nombor handphone 0187778942 yang dipercayai milik pemuda ‘Brunei’, telah menghantar message lucah kepada saya selepas saya keluarkan beberapa kenyataan media. Saya memberi peluang kepada individu tersebut untuk minta maaf secara terbuka.

5. Saya mengharapkan selepas ini, semua masyarakat Malaysia perlulah bersikap terbuka dalam menerima kritikan daripada pihak-pihak lain.

Wallahu’alam..

MUHAMAMD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 28 Safar 1433 H bersamaan 22 Januari 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: