Jangan Sambut Maulidurrasul Seperti Abu Jahal: Presiden PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Firman Allah swt dalam Al-quran:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang.

-surah Al-Ahzab:21-

Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi kita nafas yang cukup baik untuk kita meneruskan hidup di muka bumi Allah. Sangat banyak nikmat Allah sehingga kita tidak mampu untuk menghitung nikmat Allah apatah lagi membayar semula . Bertepatan dengan firman Allah swt:

“..dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya..”

-surah Ibrahim: 34-

Hanya yang mampu untuk kita lakukan adalah dengan bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Bersyukur bagaimana?? Dengan melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah swt. Bagi manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah swt, maka Allah akan mengazab mereka.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

-surah Ibrahim: 7-

Hari ini kita kita telah menjejak ke dalam bulan Islam iaitu hari kelahiran Rasul junjungan mulia nabi Muhammad saw. Semestinya hari ini merupakan antara hari yang sangat istimewa buat seluruh umat Islam terutama yang mencintai diri Rasulullah itu .

Tetapi apa yang menjadi persoalan dalanm benak pemikiran saya adalah, benarkah umat Islam Islam benar-benar mencintai Rasulullah?? Kalau benar mereka mencintai Rasulullah, kenapa masih ada yang menyambut maulidurrasul dalam keadaan mereka tidak menepati ciri-ciri aurat yang ditentukan oleh Islam?? Kenapa yang menyambut maulidurrasul yang dikatakan mencintai Rasulullah tetapi masih lagi tidak menjalankan hukum-hukum Allah??

Saya boleh simpulkan bahawa hari ini ramai kalangan umat Islam yang menyambut maulidurrasul bukan datang dari perasaan kasih sayang yang sangat mencintai Rasulullah akan tetapi mereka hanya menyambut sekadar adat sahaja. Orang lain buat, kenapa tidak untuk aku membuatnya??..

Bila tiba hari kelahiran Nabi saw, umat Islam bertungkus lumus membuat bermacam-macam program untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah saw. Ini usaha yang sangat baik tetapi sama seperti program-program yang birthday party yang dianjurkan oleh manusia lain.

Saya berkata begini kerana, yang menyambut maulidurrasul ada kalangan manusia yang buka aurat, tutup aurat pun masih lagi tidak menepati ciri-ciri yang digariskan untuk Islam, pemimpin Islam tetapi masih lagi menolak hukum Allah dan masih tidak melaksanakan.

Adakah tindakan ini seakan-akan menyamai Abu Jahal, bapa saudara Nabi saw yang pada mula kelahiran Nabi saw, dialah antara orang yang paling gembira dengan menyembelih beratus-ratus ekor unta?? Dengan erti kata lain Abu Jahal menyambut maulidurrasul (kelahiran) pada ketika itu.

Abu Jahal sangat mencintai Nabi saw tetapi apabila Nabi saw mula menyampaikan risalah Islam, Abu Jahal mula membenci Nabi saw. Sedangkan dahulunya dialah antara orang yang paling gembira menyambut maulidurrasul.

Oleh itu, bagi saya ulangtahun kelahiran Nabi saw ini adalah untuk kita semakin kuat mengingati Rasulullah sebagai penyelamat umat. Bukan hanya sekadar berarak ketika maulidurrasul tetapi kita perlu menghayati peritnya perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam.

Seterusnya kita melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang di larang. Rata-rata umat Islam hari ini juga suka menyambut maulidurrasul tetapi pada masa yang sama tidak menutup aurat , melanggar hukum-hukum Allah, menolak hukum Allah, tidak mengikut garis panduan Islam dan sebagainya maka samalah seperti perangai Abu Jahal.

Akhir kata muhasabah untuk diri saya dan seluruh umat Islam bahawa kita menyambut maulidurrasul dengan penuh menghayati perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan Islam dan sekaligus cuba untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dengan tidak menjadikan sambutan maulidurrasul itu sebagai adat yang mesti dibuat. Salam maulidurrasul buat seluruh umat Islam.

YOUR EXCELLENT PARTNER

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Rabi’ul awal 1433H bersamaan 5 Februari 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: