Hari Valentine Bukan Perayaan Orang Islam: Presiden PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih disambut pada 14 Feb mesti ditegah dan dicegah daripada disambut oleh umat Islam khususnya. Memandangkan Hari Valentine berlatar belakangkan dan berkait rapat dengan sejarah agama Kristian, umat Islam dilarang daripada menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih kerana bercanggah dengan syariat Islam. Para ulama’ dan pihak berautoriti juga telah memfatwakan bahawa hukum menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah haram. Dengan ini, saya selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Islam mahu turut bersama dalam kempen mencegah sambutan ini yang kebanyakannya disambut muda-mudi dengan menyatakan beberapa pendirian:

  1. Umat Islam mestilah menghindari dan meninggalkan sebarang aktiviti atau sambutan berunsur maksiat dan mungkar serta tidak menyambut Hari Kekasih.
  2. Saya menyambut baik inisiatif kerajaan negeri Kelantan yang memperkenalkan alternatif hari Kekasih dengan hari suami isteri jika dibandingkan dengan kerajaan pusat yang dilihat tiada inisiatif secara holistik bagi menangani isu ini tahun-tahun sebelum ini.
  3. Dalam masa yang sama, saya menyokong usaha pencegahan yang disebut oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir berdasarkan laporan media beliau bahawa beliau mengarahkan pasangan yang menyambut Hari Kekasih khususnya umat Islam diambil tindakan.
  4. Saya juga tertarik dengan pandangan bekas mufti Perlis, Dr Asri yang berpendapat bahawa tidak perlu sambutan Hari Suami Isteri bagi menggantikan Hari Kekasih. Sedangkan hakikatnya, setiap hari adalah Hari Suami Isteri dan kita tidak perlu ‘obsess’ dengan perayaan yang dicetuskan oleh agama lain. Kerajaan Negeri Kelantan juga perlu ambil kira pandangan beliau untuk masa akan datang.
  5. Pandangan yang berbagai berkaitan sambutan Hari Kekasih membuka mata masyarakat untuk lebih memahami isu ini serta merujuk para ustaz. Namun, untuk masyarakat faham dan hindari sambutan Hari Kekasih perlu usaha daripada pelbagai pihak seperti badan berautoriti, NGO, parti politik, persatuan pelajar dan lebih-lebih lagi pihak berkuasa.

Sebagai kesimpulan, saya menyeru masyarakat Islam agar merujuk terlebih dahulu hukum menyambut sesuatu perayaan atau majlis keagamaan sama ada dibenarkan syariat atau tidak kerana kita bimbang tindakan kita itu menjejaskan akidah dan tidak mendapat keredhaan Allah. Semoga kita sentiasa diselimuti rahmat Allah.

YOUR EXCELLENT PARTNER

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 21 Rabi’ul awal 1433H bersamaan 14 Februari 2012

3 Comments

  1. no hassle loan

    How can circles trip over reasonable things?
    http://paydaysbank.com/p/payday/key/no+hassle+loan+/

  2. Hari Valentine Bukan Perayaan Orang Islam: Presiden PMIUPM islamic salvation I was suggested this web site by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem. You’re amazing! Thanks! your article about Hari Valentine Bukan Perayaan Orang Islam: Presiden PMIUPM islamic salvationBest Regards Veronica

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: