“Saya saran Ketua Pemuda PAS lawan Najib” : Presiden PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Menjelang pilihanraya Umum (PRU) ke-13, semakin hangat terhadap pihak parti politik untuk menyusun strategi gerak kerja parti. Di peringkat mahasiswa Islam, saya ada beberapa pendirian:

  1. Saya mencadangkan agar Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi untuk bertanding di Parlimen Pekan, Pahang bertemu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
  2. Hal ini kerana beliau dilihat sebagai ikon anak muda untuk bertanding melawan kezaliman dengan membawa imej Islam sebagai satu langkah untuk perubahan pentadbiran kerajaan berteraskan Al-quran dan Sunnah.
  3. Saya mengambil kisah sejarah Islam yang memimpin tentera Islam untuk memenangkan Islam melawan golongan kafir yang menentang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang ketika itu berumur 21 tahun (pemuda Islam) dan telah berjaya menawan Kota Constantinople.
  4. Saya yakin dengan kepimpinan dan kewibawaan serta imej pentadbiran Islam yang dibawa oleh Ustaz Nasaruddin mampu mengubah ke arah pentadbiran yang lebih mapan dan maju.
  5. Saya meyakini bahawa pemuda-pemuda Islam yang taat pada Allah pasti akan diberi pertolongan Allah untuk memenangkan kebenaran.

Semoga Allah memberkati segala usaha kita dalam menegakkan Islam di muka bumi Malaysia berteraskan Al-quran dan sunnah..

YOUR EXCELLENT PARTNER

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 22 Rabi’ul awal 1433H bersamaan 15 Februari 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: