Nampak Titik Hitam Dari Putih: Nota Buat Sahabat

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Terasa hendak menaip kerana jarang menaip memandangkan sudah pula masuk di smester yang baru. Dengan azam yang tinggi, azam yang baru, azam yang kental cuba untuk terus berusaha melakukan yang lebih baik.

Coretan yang hendak disematkan disini adalah berkenaan insan yang dikatakan SAHABAT..Apa itu SAHABAT?? Apa fungsi SAHABAT?? sanggupkah SAHABAT hidup mati bersama?? Semua persoalan ini bermain di benak fikiran saya..

Teringat sebuah hadith berkenaan sahabat:

“Tidak halal bagi seseorang muslim meninggalkan saudaranya selama 3 hari “

 dan sabda Rasulullah saw lagi:

“Dan Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong saudaranya”

Jelas bahawa Islam sangat mementingkan persaudaraan kerana itulah merupakan antara salah satu kunci kemenangan Islam. Contoh paling tepat boleh diambil tika mana Rasulullah bersama sahabat berhijrah ke Madinah untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam. Sebelum apa-apa yang berlaku, Rasulullah terus meempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.

Mengapa?? kerana persaudaran itulah Kerajaan Islam Madinah berjaya dibentuk. Cuma kita beralih kepada peristiwa hitam umat Islam pula iaitu ketika perang siffin dan perang Jamal yang melibatkan antara tokoh-tokoh besar Islam antaranya :

1. Saidina Ali – sahabat yang dijamin Syurga

2. Saidatina Aisyah – Isteri Nabi Muhammad saw

3. Muawiyah – Penulis wahyu Rasulullah

Perang ini melibatkan semua tokoh yang dikagumi. Ini kerana berjayanya orang munafik dalam meniupkan angin PERPECAHAN sehingga ukhuwwah yang dibina atas dasar Islam putus begitu sahaja..

Apabila berlaku perkara musibah, kesusahan, kemalangan dan sebagainya, maka senang sahaja untuk putus talian persaudaraan itu. Bersoraklah musuh serta syaitan..

Saya berikan anologi mudah. Apabila setitik dakwat hitam jatuh diatas sehelai kain putih, orang tidak akan nampak seri putihnya, TETAPI akan nampak titik hitam yang kecil dan sedikit itu. Inilah fenomena yang sering berlaku TERUTAMA ketika berSAHABAT.

Apabila kita membuat kesalahan, maka akan dinampak kesalahan yang satu itu menutupi segala kebaikan yang pernah kita buat. Bagaikan tidak pernah berSAHABAT dan mempercayai orang lain yang membuat cerita dan mengapi-apikan untuk memecah belahkan..Kadang-kadang kita akan rasa sedih bila SAHABAT semacam tidak pernah kenal kita bila berlaku masalah.

Apa pun berbalik pada cara untuk menghidupkan ukhuwwah berdasarkan tips saya iaitu 2M, 2S, 1T:

1. Makan bersama.

2. Mandi bersama (mandi di sungai semasa berehlah).

3. Solat bersama-sama.

4. Study atau kerja bersama -sama.

5. Tidur bersama-sama.

Semoga Allah merapatkan ukhuwwah untuk bersama-sama menggerakkan Islam..

Sekian, Terima kasih..

1 Comment

  1. Hasnul Zahili b Abdul Halim

    ” Saya berikan anologi mudah. Apabila setitik dakwat hitam jatuh di atas sehelai kain putih, orang tidak akan nampak seri putihnya, TETAPI akan nampak titik hitam yang kecil dan sedikit itu. Inilah fenomena yang sering berlaku TERUTAMA ketika berSAHABAT ” – Interesting view, mohon share : )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: