Telaga Al-Kausar: Tazkirah

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Hari ini hanya hendak berkongsi sedikit mengenai Surah Al-Kausar. Sebelum apa-apa coretan hendak dimuatkan, baca dahulu surah ini serta maknanya.

Surah Al-Kauthar (Ayat: 1-3)

Maksudnya:

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Apabila membaca surah Al-Kauthar ada kaitan dengan telaga Al-Kauthar. Ketika berada di padang mahsyar nanti, Telaga Al-Kauthar yang diminum airnya, tidak akan haus selama-lamanya. TETAPI terdapat golongan yang tidak akan dapat minum air dari Telaga Al-Kauthar:

1. Ahli bid’ah – suatu jalan dalam agama yang dibuat-buat (tanpa ada dalil, pen) yang menyerupai syari’at (ajaran Islam), yang dimaksudkan ketika menempuhnya adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala.

2. Ahli Maksiat –  melakukan segala yang dilarang oleh Allah.

3. Pemimpin Yang Zalim – tidak meletakkan sesuatu di tempatnya seperti mengambi harta rakyat.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak dapat minum air telaga Al-Kauthar..

Oleh:

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Bertarikh: 1 Rabi;ulakhir 1433 H bersamaan 23 Februari 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: