Islam Mengajar Umatnya Pemaaf: Bakar Quran

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Hari ini kita digemburkan dengan kejadian biadap Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato yang membakar quran sehingga tercetusnya demonstrasi hari ini. TETAPI sebelum kejadian demonstrasi hari ini, sinar harian online telah mengeluarkan kenyataan maaf dari Nato. Berikut adalah petikan tersebut:

KABUL – Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Nato mengambil tindakan segera untuk memohon maaf atas tindakan mereka membuang dan membakar beberapa naskhah al-Quran sementara beratus-ratus rakyat Afghanistan berhimpun di pekarangan pangkalan tentera udara Bagram dekat sini, hari ini.

Sementara butiran mengenai kejadian itu belum jelas, pegawai tertinggi tentera AS dan Nato di Afghanistan menawarkan permintaan maaf dan menjanjikan satu siasatan dalam usaha mengawal kemarahan.

AS menggerakkan serangan udara ke atas negara itu pada 2001 dan mengekalkan pasukan tenteranya selepas pemerintahan Taliban digulingkan.

“Saya memberi anda jaminan. Saya beri jaminan, ini bukan sesuatu yang disengajakan,” kata Jeneral John Allen dalam satu kenyataan, demikian menurut portal Guardian dari UK, hari ini.

Oleh itu, saya bersetuju dengan kenyataan Khatib yang memberikan kuliah jumaat sebelum khutbah iaitu:

1. Nato dan AS telah memohon maaf secara terbuka dan  menyatakan bahawa perkara itu bukan sesuatu yang disengajakan dan akan melakukan siasatan lahjut.

2. Kita sebagai orang Islam sepatutnya menunjukkan sifat yang mulia kepada orang bukan Islam iaitu sifat memaafkan kesalahan orang lain selepas orang yang bersalah meminta maaf.

3. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa kita menghukum orang lain atas kesalahannya yang zahir.

4. Sekiranya terdapat seseorang yang meminta maaf maka Islam menganjurkan umatnya untuk memaafkan pesalah itu kerana kita tidak tahu apa yang tersembunyi dalam hati mereka sama ada ikhlas ataupun tidak.

5. Jika dalam keadaan perang dan tentera Islam mempunyai peluang untuk membunuh pihak musuh iaitu orang bukan Islam sekalipun, tentera Islam tidak dibenarkan sama sekali untuk membunuh tentera bukan Islam sekiranya tentera bukan Islam itu mengucap dua kalimah syahadah.

6. Cuma sekiranya tindakan orang bukan Islam itu melibatkan hukum, maka sebagai orang Islam yang beriman, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.

Semoga Allah menerapkan sifat pemaaf ke dalam hati kita kerana itu yang dituntut oleh Islam dan diajar oleh Nabi Muhammad saw.

YOUR EXCELLENT PARTNER

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 2 Rabi’ul akhir 1433H bersamaan 24 Februari 2012

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: