Kehidupan Najib – Rosmah Selepas PRU – 13 !!!!

Aku merenung jauh ke luar jendela..

Melihat bulan dan bintang lantas terimbau kembali dosa-dosa lama..

Najib

Aku meraup wajah kegusaran.

Tuhan,berapa banyak dosa-dosaku tidak terhitung dek tangan. Rasuah, penyelewengan, penipuan, semua jenis dosa pernah aku lakukan.

Bagaimana kalau aku dijemput tuhan dalam keadaan aku bergelumang dengan maksiat sebegini? Neraka kah tempatku kelak?

Ah! Aku mesti berubah!

Aku akan membaiki dan membantu manusia-manusia yang pernah aku aniayai dulu.

Dan, misi yang paling penting, aku akan bersama-sama mengajak isteri kesayanganku bertaubat lalu bersama-sama mengejar redha ilahi.

Ya, itu tekadku dan aku bersyukur kepada tuhan kerana memberi  ujian kekalahan besar kepada ku ketika pilihan raya ke 13 yang lepas. Itulah titik tolak kepada nikmat kesedaran yang aku peroleh hari ini.

……………………………dua bulan selepas itu………………………………….

“ abang,abang” panggil isteriku rosmah.

“ abang kata nak ke masjid awal sikit kan harini? Kan arini ada ceramah ustaz azhar.abang dah lupa ye?”

“alamak mah, abang lupa.tunggu abang habiskan mengaji surah as-saff ni dulu. Mah pegi iron tudung dulu.”  Arahku lembut kepada isteri kesayanganku rosmah.

Lagak isteri mithali, isteriku segera bergerak melaksanakan apa yang aku pinta sebentar tadi.

Dua minit kemudian, aku tersenyum dek kerana akhirnya aku mampu menghabiskan hafalan surah as-saff pada petang ini.

Rosmah

Sejenak, aku termenung memandang isteriku yang kulihat sedang membetulkan tudung labuhnya di hadapan cermin sederhana besar di dalam bilik tidur kami.

Alhamdulillah, dari seorang yang suka bergaya berlebihan, boros dan gemar membazir dengan membeli barang kemas mewah,  isteriku kini cenderung memilih gaya yang sederhana. Dengan tudung labuhnya, jubahnya yang polos serta mukanya yang hanya berbedak nipis cukup untuk membuatku jatuh cinta berulang kali setiap hari. Moga dialah isteriku dunia dan akhirat.

Aku masih ingat suatu masa dulu, isteriku pernah mencetuskan kontroversi  bilamana isu pembelian cincinnya nya heboh ke seluruh negara. Aku kira mungkin itu salah satu faktor kekalahanku pada kali ini. Namun, aku redha kerana manusia memang tidak lari dari kesilapan. Tambahan pula, kerana kalahlah aku kini lebih dekat dengan penciptaku.

“ abang, apa termenung lagitu? Jom pergi.”

Lembut suara isteri ku mengembalikanku ke alam nyata.

Perlahan aku bangun dan mencapai tangan isteriku.

“  Mah, terima kasih kerana sudi berubah bersama abang.  Terima kasih sebab sanggup jadi isteri abang walaupun kita kini duduk rumah teres je, hanya hidup dengan gaji kecil abang sebagai imam masjid. Walaupun mah terpaksa gadaikan semua barang kemas mah untuk menyekolahkan anak kecil kita ni. Walaupun mah terpaksa pakai beg yang abang beli kat masjid india je. Mah, terima kasih sangat kerana sanggup hidup susah dengan abang.”  luahku sebak dan terharu.

Isteri ku yang sejak dari tadi terpinga-pinga mula memahami apa yang terjadi.

“  Abang, mah buat semua ni sebab mah nak tebus dosa-dosa silam mah. Walaupun mah tahu tak tertebus dos mah yang menzalimi dan mengambil hak rakyat, tapi mah tetap akan usaha. Moga usaha mah ni besar di sisi ALLAH bang. Dan yang paling penting, mah nak jadi isteri abang dunia akhirat.”

Dan sebaik sahaja isteriku selesai berkata-kata, aku lihat air mata mengalir deras dari pelupuk matanya. Lantas, aku memegang tangan isteri dan memandang matanya sambil mengangguk perlahan.

“  Abang pun. Abang pun nak jadi suami Mah dunia akhirat.” Tuturku yakin.

Alhamdulillah. Kini, walaupun aku bukan lagi perdana menteri  yang kaya dengan kuasa dan harta tapi aku tetap sangat bersyukur kerana aku sudah kaya dengan kasih sayang. Kasih sayang dari isteri, anak-anak dan juga sahabat baikku iaitu nik aziz yang sudi mengajarku ilmu agama sehinggalah aku menjadi apa yang aku jadi hari ini..

Terima kasih tuhan.

Idea Skrip Asal:

Muhammad Hazim bin Mohd Noh

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.

Editor Skrip:      

Fateha Syauqah

Ahli Smart Pena,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.

[IKLAN] – Penaja:

7 Comments

  1. del

    tidak mustahil.. Insya Allah…

  2. Azwani Ali

    Iman itu bertambah dan berkurang…tiada apa2 yang mustahil…jika seseorang itu mula berubah ke arah kebaikan dan mula mendekati Allah…alhamdulillah…

  3. aufa

    sgt menarik🙂

  4. psikat

    mudah mudahan.. bukan dia saja.. tapi semua pemimpin2 kita nanti… amin

  5. InsyaAllah.. moga yang terbaik hendaknya..hidayah kan milik mutlak Allah.. doa2..

  6. ahmad almeseiry

    insyaAllah

  7. alhamdulillah. satu suasana yang indah kalau ia benar2 berlaku. InsyaAllah. kita doakan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: