“Saya ‘Bersedia’ Untuk AGM PMIUPM World Class”: Presiden PMIUPM

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Berkenaan Annual Grand Meeting (AGM) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) tempoh hari telah berlaku sedikit kekecohan daripada perwakilan sehingga majoriti perwakilan PMIUPM menolak AGM yang berlaku pada malam tersebut. Oleh itu:

1. Saya bersetuju untuk AGM PMIUPM dilakukan sekali lagi diatas persetujuan majoriti lebih 2/3 perwakilan kerana atas beberapa sebab.

2. Perwakilan juga bersetuju untuk menyerahkan pengurusan AGM PMIUPM kali kedua ini kepada saudara Abdul Razak Omar sebagai wakil senior, mantan Presiden PMIUPM serta mantan Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

3. Saya juga bersedia dengan segala apa sahaja keputusan Majlis Syuro pimpinan PMIUPM sama ada saya kekal Presiden ataupun digugurkan dari jawatan Presiden.

4. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana AGM PMIUPM dan semua tetamu dan hadirin yang hadir termasuk Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM, saudara Iqbal.

5. Saya juga memohon maaf selaku wakil pimpinan PMIUPM kepada semua hadirin yang hadir diatas kekecohan yang berlaku dalam AGM PMIUPM.

Semoga AGM PMIUPM kali kedua ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh orang yang telah diamanahkan. Diharap dapat juga dijalankan seiring dengan taraf ‘world class’ seperti yang diminta oleh perwakilan. InsyaAllah semoga Allah beri yang terbaik. Allah juga sebaik-baik perancang.

Sekian, Terima Kasih.

YOUR EXCELLENT PARTNER

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Rabi’ul akhir 1433H bersamaan 05 Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: