Jaga Lidahmu: Sedutan Khutbah minggu ini (siri 1)

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari khutbah Solat Jumaat di Masjid Mardi UPM semalam, penyampai khutbah ialah Ustaz Rahim Rafi’e yang menyentuh tentang penjagaan lidah.

Dengar rakaman khatib khutbah disini, (Jaga Lidah disampaikan oleh Ust Rahim Rafi’e)

Diakui bahawa kuasa lidah dalam kehidupan adalah sangat besar, kata-kata bicara dari gerakan lidah yang terzahir dari sikap dan pemikiran kita akan dinilai oleh semua orang yang berada disekitar kita, maka marilah kita menjaga lidah masing-masing. Agar lidah kita tidak menyengat diri sendiri, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)

حفظ (hifz) : jaga

اللسان (al-lisan) : lidah

راحة (rahatu) : kerehatan

الإنسان (al-insan) : manusia

Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap.” – Thabit bin Qurrah

Apa-apa sahaja perkataan yang kamu cakap, akan ada malaikat ratib dan atib yang mencatat, semuanya akan dibalas setimpal dengan apa yang diperkatakan oleh lembutnya lidah kita.

Ketika ditanya oleh sahabat Baginda, apakah perkara yang paling afdhal ya Rasulullah??

maka jawab baginda: “Tahanlah olehmu akan ini (sambil memegang lidahnya)

Ditanya sekali lagiagi apakah perkara yangpaling afdhal ya Rasulullah??

maka baginda mengulangi jawapan yang sama: “Tahanlah olehmu akan ini (sambil memegang lidahnya)

Saidina Abu Bakar ra pernah berkata: “Inilah (sambil memegang lidahnya) yang selalu membawaku ketempat yang tidak sepatutnya
 
Bercakaplah hanya kerana:
1. Zikir
2. Bacaan quran
3. Ilmu

Kempen JAGALAH MULUT yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah

 

Saudara pembaca yang dikasihi kerana Allah sekalian,  Jagalah olehmu akan lidah dan bercakaplah berdsasarkan fakta…jangan berkata mengikut hawa nafsu, banyak binasa akan menanti..

Sebelum mengakhiri catitan dari penghutbah, disini suka untuk saya berkongsi kisah Ikan yang tidak mempunyai lidah.

Pabila ditanya apa hikmah dalam menjaga lidah, Baginda s.a.w menjawab: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. ” Salah seorang sahabat pun bertanya, “Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah s.a.w: ” Setelah Allah selesai main ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, “sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan”.

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Semoga dapat beramal dengan ilmu ini, jagalah lidah. Kerana lidah badan boleh binasa..

W’alam

Muhammad Hazim Mohd Noh

10.3.2012

RAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: