Sepuluh Perkara Pokok Mengenai Islam: Pengenalan

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Risalah “Sepuluh Perkara Pokok (Badihiyyat) mengenai Islam” ini merupakan petikan daripada buku karangan Al Ustaz Said Hawwa yang bertajuk: Min Ajli Khutwah Ila al-Amam ‘Ala Tariq al-Jihad al Mubaaraq.

Seringkali berlaku dimana seseorang Muslim itu beriltizam dengan beberapa syi’arnya tetapi merasa pelik dan ganjil apabila dikemukakan perkara-perkara pokok dan asas mengenai Islam yang sepatutnya diterima tanpa perbincangan dan pemikiran yang mendalam kerana ia merupakan fakta yang jelas, ringkas dan asas.

Perkara-perkara seperti inilah yang dikatakan sebgai perkara asas/pokok ataupun lebih dipanggil sebagai BADIHIYYAT. Inilah beberapa perkara yang telah dilupakan oleh umat Islam dewasa ini. Umat Islam sekarang hanya alim mengenai hukum, solat, wudhu’, puasa, haid, nifas, fardhu ain tetapi tidak dapat menilai Islam ini sebagai Ad-Din atau Al-Nizam yang syumul.

Ini menampakkan bahawa ada serangan pemikiran yang cuba melenyapkan perkara pokok mengenai Islam ini dalam setiap kepala umat Islam supaya lebih kepada soal cabangnya. Oleh itu, keperluan untuk umat Islam itu merujuk kembali tentang Badihiyyat adalah sangat penting.

Selepas ini, saya akan kemukakan rumusan berkenaan Badihiyyat 1 – Badihiyyat 10. InsyaAllah nantikan rumusan tersebut untuk perkongsian bersama. Moga sedikit ilmu yang dikongsikan secara bersama ini dapat menyelamatkan kita dari api neraka..selamat menuntut ilmu..

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Jam 0313

Rujukan: Sepuluh Perkara Pokok Mengenai Islam: Al-Ustadz Sa’id Hawwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: