Islam Tidak Diamalkan, Punca Gejala Sosial: Sedutan Khutbah

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari khutbah Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (MARDI) UPM pada hari Jumaat, 16 MAC, penyampai khutbah ialah Ustaz Ahmad Khusyairy yang menyentuh tentang gejala sosial yang kian meningkat.

Antara isi penting Khutbah:

1. Dewasa ini ramai kalangan anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa, tidak kurang juga yang sanggup membunuh ibu bapa sekiranya permintaan tidak ditunaikan. Statistik menunjukkan gejala zina, anak luar nikah, pembunuhan semakin meningkat saban hari.

2. Kitab-kitab amal berterbangan mencari tuannya di padang Mahsyar (dari Ibnu Abbas).

3. Terutama yang lelaki yang menjadi pemimpin keluarga, balik dan nilai sendiri sama ada bini kita dan anak dara kita sudah tutup aurat ataupun tidak. Anak-anak bujang kita tunaikan solat ataupun tidak. Kalau semua persoalan masih tidak dapat dijawab, bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah di hari Akhirat?

Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka

Rakaman penuh Khutbah boleh klik disini (Punca Gejala Sosial)

Menyentuh sedikit tentang isu semasa yang berlaku baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh Metro, seorang ibu ditinggalkan di kaki Hotel dan kes seorang kanak-kanak dibakar. Serta seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa tawar seks cari modal gugur janin laporan dari surat khabar Sinar Harian.. Menelusuri isu dan masalah ini, mari kita renung kembali adakah peranan kita sebagai sebahagian warga masyarat terlaksana? Tanya diri tanya iman. Seharusnya kita sebagai mahasiswa Islam turun ke lapangan masyarakat mendalami masalah yang dihadapi.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pendengar..aminn

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 26 Rabi’ul akhir 1433H bersamaan 19Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: