Ibadah Mesti Ittiba’: Sedutan Khutbah (siri 3)

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari khutbah Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (MARDI) UPM pada hari Jumaat, 23 MAC, penyampai khutbah ialah Ustaz Zulkarnain yang menyentuh tentang taqwa yang melibatkan ibadah yang mesti ITTIBA’.

Antara isi penting Khutbah:

Taqwa terbahagi kepada dua:

  1. Taqwa Zahir – membuat apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.
  2. Taqwa Batin – Merasa rendah diri pada Allah dan rasa takut dengan Allah.

Dengan bekalan taqwa yang ada, kita dilantikumu oleh Allah sebagai Khalifah di muka bumi untuk mentadbir dan mengurus bumi mengikut acuan (sibghah) Allah.

Tunduk dan patuh pada Allah semasa mentadbir bumi dengan mengikut acuan Allah berserta ibadah-ibadah kepadaNya sama ada secara umum atau khusus. Dalam tafsir ibnu kathir ada menjelaskan bahawa untuk sesuatu amalan diterima mestilah:

  1. Ittiba’ – ikut sunnah nabi serta panduan melalui dalil yang sahih.
  2. Ikhlas – tahap ikhlas merangkumi:

* Khauf – rasa takut pada Allah

* Arraj’u – mengharapkan ibadah diterima oleh Allah

* Mahabbah – rasa cinta dan kasih pada Allah

Oleh itu sentiasalah kita:

  1. Murakkabah
  2. Muhasabah
  3. Mu’aakabah

Rakaman penuh Khutbah boleh klik disini (Ibadah Mesti Ittiba’

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pendengar..aminn

 

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 1 Jamadilawal 1433H bersamaan 24 Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: