Musafir Roh Manusia: Kuliah Jumaat – siri 2

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari kuliah sebelum  Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (Mardi) UPM pada hari Jumaat 23 Mac, penyampai Kuliah Jumaat ialah Ustaz Zulkarnain yang menyentuh tentang perjalanan musafir roh manusia .

Antara isi penting kuliah Jumaat ini:

Roh manusia akan melalui beberapa fasa antaranya dari alam roh ke alam dunia. Dan dari alam dunia ke alam alam kubur atau lebih dikenali sebagai alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat. Setiap alam itu ada masanya, ada tempatnya, ada peristiwanya dan bermacam-macam lagi..Setiap alam ada perinciannya.

* Alam Roh – Lebih dikenali sebagai ALAM MENGIKAT JANJI. Sebelum ditiup kedalam jasad dan masuk ke alam rahim, manusia mengikat janji dengan Allah untuk beriman kepada Allah dan melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

* Alam Dunia –  Lebih dikenali sebagai ALAM TUNAI JANJI. Maka setela dibuat perjanjian dengan Allah maka akan menjadi bebanan tanggungjawab untuk menunaikan segala janji yang telah dipersetujui.

* Alam Kubur – Akan ada 4 pendinding yang akan melindungi tika mana berada dalam kubur yang mana semua ini tidak akan dapat menolong seseorang jika mereka ada hutang dengan tidak menunaikan sepenuhnya iaitu:

                1. Solat

                2. Puasa

                3. Zakat

                4. Haji

* Alam Peralihan Barzakh dan Akhirat – Terdapat dua tempat untuk roh iaitu Illiyeen (Roh orang yang beriman) dan sijjin (Roh orang kafir). Antara golongan yang mendapat tempat Illiyen adalah:

1. Al mala’ il ‘akla – para nabi dan rasul

2. As Siddiqin – golongan yang membenarkan segala apa yang dikatakan oleh nabi dan rasul.

3. As Solihin – orang-orang yang soleh

4. As Syuhada’ – orang-orang yang mati syahid

Oleh itu, perlu lah kita ingat bahawa ‘adduniya mazro’atul akhirah’ yang membawa erti dunia adalah tempat bercucuk tanam. Maka bercucuk tanamlah dengan amalan yang ITTIBA’.

Rakaman penuh Kuliah Jumaat boleh klik disini (musafir roh manusia)

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pendengar..aminn

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 01 Jamadilawal 1433H bersamaan 24 Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: