Sepuluh Perkara Pokok Mengenai Islam: Badihiyyat Pertama

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Perkara pokok yang dinyatakan dalam bahagian ini adalah kepentingan kepentingan asas Islam yang ditinggalkan selaku mukmin yang soleh serta beriman pada Allah dan Rasul. Mengaku beriman sahaja tidak mencukupi bagi seseorang yang mendabik dada sebagai hamba Allah yang sedia berkorban apa sahaja tetapi dalam masa yang sama gagal dalam menghayati islam serta mengamalkannya. InsyaAllah kita menyusuri serba sedikit nur ilmu dalam sektor ini.

Islam Peraturan Yang Tunggal

Saya mulakan dengan sepotong ayat al-Quran, firman Allah:

“Wahai manusia, Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali ”

-Surah Al-Hujurat: 13-

Manusia yang bermacam ragam, bermacam watak dan karakter, bermacam wajah ini semua hanyalah dijadikan Allah untuk mereka saling mengenali satu sama lain. Bayangkan dunia ini diduduki dan dihuni oleh semua yag sama bangsanya, sama umurnya, sama perangainya, sama mukanya dan sama semuanya. Adakah menarik?? Atau anda akan kebosanan kerana semuanya sama sahaja?? Tidak ada perbezaan langsung.

Inilah indahnya kebesaran Allah yang mengetahui segala-galanya dengan mencipta perbezaan yang mana akan membuatkan manusia berinteraksi bersama dalam keadaan yang menarik. Dan akhirnya, bagi mengawal perbezaan ini, maka Allah mencipta sebuah sistem sebagai garis panduan manusia supaya tidak berlaku kemusnahan iaitu Islam yang merupakan peraturan tunggal yang sesuai sepanjang zaman, umur, bangsa, jantina dan negara.

Sama ada manusia di Timur, Barat, Kutub Utara, Kutub Selatan mahupun di udara dan di air, semuanya tidak terlepas dengan sistem Allah iaitu Islam yang merupakan peraturan tunggal. Tertaklif juga kepada setiap manusia tidak kira sama ada yang berkulit  putih, kuning, hijau, sawo matang dan  sebagainya. Oleh itu, tidak kira lah apa pun yang terjadi dan banyaknya perbezaan sekali pun, maka semuanya perlu berpaksi di bawah satu payung iaitu Islam yang mana Allah meredhoi Islam dan tidak pada agama yang lain seperti Firman Allah:

“Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah ialah Islam ”

Surah Ali Imran: 19

Islam Ialah Satu Din (Cara Hidup)

Islam merupakan agama yang lengkap sebagai panduan untuk seluruh kehidupan manusia sama ada dari sekecil-kecil perkara iaitu cara beristinjak sehinggalah kepada yang lebih besar iaitu Syi’ar Islam. Din ini juga merupakan satu manual pengurusan urus tadbir mengikut acuan Allah. Bukan acuan manusia ataupun makhluk yang lain.

Dengan turunnya ajaran Islam ini kepada Rasulullah (Nabi Muhammad saw) maka dengan itu termansuhlah segala agama yang terdahulu dan merupakan penutup segala risalah-risalah Allah sebelum ini.

Maka cara hidup Islam yang diiklankan mampu untuk meyakinkan penganutnya untuk berada dalam keadan yang selamat serta akan mendapat ganjaran yang begitu hebat serta habuan yang memuaskan di hari perhitungan kelak.

Bersedihlah wahai jiwa yang menjadikan dunia dan nafsu sebagai Tuhan dan berbahagialah bagi orang yang menjadikan Din (cara hidup) sebagai suatu panduan hidup. Dunia ini semuanya permainan belaka utuk ujian kepada hambaNya. Firman Allah dalam ayat a-quran:

“Sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah permainan dan senda gurau”

Lekanya anda dengan ‘permainan’ ini maka anda akan merasai kerugian yang besar di hari pembalasan.

Tidak Beriman, Sah Ahli Neraka

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw relevan dan sesuai untuk dianuti sehingga ke hari Qiamat. Jika telah sampai seruan Islam ke telinganya tetapi masih tidak beriman kepada Allah, maka ia terdiri daripada ahli Neraka di sisi Allah swt. Rasulullah pernah bersabda:

“Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, Tidak mendengar seseorang pun tentangku daripada ummat in, samaada ianya Yahudi atau Nasrani, kemudian ia tidak beriman dengan apa yang diutuskan kepadaku melainkan ianya akan tergolong daripada ahli neraka”

Ada juga orang yang tidak bertudung zaman moden ini yang menggunakan alasan masih tidak sampai seru ke telinganya untuk mengenakan tudung iaitu menutup aurat. Benarkah tidak sampai seru? Jika begitu, apakah Al-Quran yang telah dicetak dan tersusun di rumah-rumah dan masjid-masjid itu tidak ada meyebut langsung mengenai wajibnya menutup aurat??

Alasan sebegini akan dipertangungjawabkan kepada anda untuk menjawab di depan Allah di hari akhirat kelak. Kita akan menyesal di kemudian hari jika kita masih dengan alasan di takuk lama. Perubahan ke arah kebaikan perlu dilakukan tiap-tiap hari untuk menepati piawaian Allah.

Kesimpulan

InsyaAllah, sekiranya manusia mengambil Islam sebagai peraturan hidup dan mengaplikasikan dalam kehidupan di dunia ini, maka manusia akan terselamat, terpelihara dan terjaga dari perkara mazmumah dan tercela. Semoga Allah bampunkan dosa kita serta menerima amalan dan ibadah kita selama ini.

Ditulis semula:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Jam 1100 / 27 Mac 2012

Rujukan: Sepuluh Perkara Pokok Mengenai Islam: Al-Ustadz Sa’id Hawwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: