Syarat Kemungkaran Yang Dicegah: Nota Buat Da’ie

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah pada hari ini kita bersyukur kerana Allah memberikan hidayah kepada kita untuk melakukan kebaikan. Kadang-kadang bila manusia mula-mula menerima hidayah, mereka akan rasa terlalu syadid (keras) dalam pembawaan dakwah kepada masyarakat yang mempunya latarbelakang yang berbeza dari kita. Ini bukan mendekatkan orang kepada Islam malah makin menjauhkan sasaran dakwah (mad’u) kita dari Islam.

Oleh itu, saya hendak membawa sidang pembaca sekalian untuk kita sama-sama melihat beberapa syarat untuk mencegah kemungkaran. Antara syarat-syaratnya adalah:

1.       Perkara yang hendak dilarang dan hendak dicegah mestilah bertentangan dan menyalahi syari’at.

* Apabila terdapat orang gila yang berjimak dengan binatang. Sesungguhnya perkara itu bukan maksiat kerana orang gila itu tidak berakal. Tetapi perbuatan itu WAJIB dilarang kerana bertentangan dan menyalahi syari’at.

* Adapun terdapat kanak-kanak yang belum mumayyiz minum arak, sesungguhnya perkara itu juga tidak dikatakan maksiat kerana masih tidak mengenal baik dan buruknya. Tetapi perbuatan itu WAJIB dilarang kerana bertentangan dan menyalahi syari’at.

2.    Adapun perkara mungkar itu maujud pada ketika itu.

* Orang yang sudah habis minum arak, tidak wajib untuk dilarang kerana perkara mungkar itu       tidak wujud pada masa itu perbuatan itu sudah lepas (sudah berlaku). Jikalau perkara mungkar itu berlaku pada masa itu, wajib untuk ditegur.

3.    Pekerjaan yang diingkari itu zahir dibuat tetapi bukan zahir yang sungguh-sungguh diintai atau dicari-carinya.

* Orang yang minum arak dalam rumah sembunyi-sembunyi tidak tunjuk dan zahirkan pada orang, maka tidak wajib untuk dilarang. Bertepatan dengan hadith Nabi Muhammad saw:

“Barangsiapa yang MELIHAT (zahir) kemungkaran, maka hendaklah ia cegah ia dengan tangan (kuasa)dan jika tidak mampu,………”

* Menunjukkan bahawa Nabi menyuruh untuk mencegah kemungkaran yang mana perkara mungkar itu dibuat zahir iaitu nampak pada mata manusia. Allah juga melarang daripada mencari-cari kesalahan orang lain.

“…dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain…”

-Surah Al-Hujurat-

* Tidak wajib dilarang dan diintai jika perkara itu (rujuk contoh dibawah) berlaku sekali sahaja. Tetapi jika berlaku berulang-kali dan kerap dibuat sehingga menimbulkan syak (sudah zahir), maka wajib untuk diintai dan disiasat.

* Contohnya: Jika jiran kita (lelaki) ada membawa seorang tetamu perempuan yang kita tidak pernah nampak sebelum ini, maka tidak wajib untuk ditegur. Tetapi jika perempuan itu kerap di bawa oleh lelaki tersebut, maka wajib untuk disiasat dan diintai kerana perbuatan itu dikira zahir disebabkan menimbulkan syak wasangka.

* Kisah Umar al-Khattab juga boleh diambil sebagai pengajaran. Umar menerjah rumah seseorang (memanjat pagar) dan nampak dari atas orang tersebut berbuat maksiat. Maka kata lelaki itu bahawa dia buat satu maksiat kepada Allah sedangkan Amirul Mukminin (Umar) buat 3 kesalahan. Maka ditanya akan Umar berkenaan kesalahannya:

1. Mengintai-intai dan mencari-cari kesalahan orang lain (Al-Hujurat: 12)

2. Tidak masuk dari pintu tetapi dengan memanjat pagar rumah orang.

3. Tidak memberi salam kepada tuan rumah sehingga diizinkan masuk.

* Ukuran maksiat zahir dan tersembunyi:

“Jika menutup akan pintu rumahnya, berdinding ia dengan pagar rumahnya, maka tidak harus untuk seseorang itu masuk tanpa izin kecuali ia menzahirkannya (maksiat) sampai keluar pagar rumahnya itu (suara)”

4.    Maksiat itu diketahui melanggar mazhab.

* Mazhab Hanafi – boleh minum arak tetapi bukan dibuat dari anggur dan tidak memabukkan.

* Mazhab Syafi’e – haram minum segala jenis arak

* Penganut Mazhab Syafi’e tidak boleh melarang penganut Mazhab Hanafi minum arak yang bukan dari anggur. Tetapi jika ia memabukkan  maka WAJIB dilarang dan ditegur.

Kesimpulan

Moga para dai’e dapat menghayati syarat-syarat maksiat yang dicegah. Semoga Allah berikan yang terbaik dan mendapat manfaat pada dri saya dan pembaca..amiinn

“YOUR EXCELLENT PARTNER”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 04 Jamadilawal 1433H bersamaan 27 Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: