‘Level’ Teguran Kepada Pelaku Maksiat

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Seringkali kita mendengar hadith Nabi saw berkenaan cara dan tahap untuk kita selaku da’ie (pendakwah) menegur orang di sekeliling kita yang melakukan kemaksiatan selepas kita melihat kemungkaran itu di hadapan mata.

Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mencegahnya dengan tangan (kuasa ataupun pemerintah), dan sekiranya tidak mampu maka hendaklah ia mencegahnya dengan lidah (nasihat yang baik ataupun percakapan yang berhikmah), dan sekiranya tidak mampu juga maka hendaklah ia mencegahnya dengan hati (membenci perkara maksiat), dan itulah selemah-lemah iman

Ramai yang perbahaskan ‘level-level’ teguran untuk menegur pelaku maksiat. TETAPI yang lebih jelas adalah sekiranya sesiapa sahaja yang melihat maka wajiblah bagi dirinya untuk menegur perbuatan itu. Saya ambil konteks individu yang melihat maksiat dilakukan dengan begitu jelas iaitu depan mata dan sah buat maksiat yang orang ramai boleh nampak (nafsul ikhtisam) maka ada beberapa darjat/tahap untuk menegur pelaku maksiat itu:

Darjat 1 – Golongan At-Ta’rif (pengenalan dan orang yang jahil serta tidak tahu)

* Pada tahap ini, dai’e memberitahu apa yang dibuatnya (pelaku maksiat/kesalahan) itu salah dan mengajarnya apa yang betul kerana di tahap ini mad’u (sasaran dakwah) itu di tahap yang bebalan (jahil/tidak tahu).

* Contohnya: kita menegur orang yang rukuk tanpa thoma’ninah kerana itu merupakan rukun solat. Jika tidak disertaka dengan thomo’ninah, maka tidak sah solat. Dan ternyata orang itu tidak tahu apa itu thoma’ninah. Maka tugas kita adalah untuk memberitahu apa yang dibuatnya itu salah dan beritahu apa yang sebetulnya.

Darjat 2 – Golongan Al-Wa’zu (orang yang tahu tetapi melakukan maksiat)

* Adapaun di tahap ini, da’ie perlu untuk menjagakan (memberikan peringatan) si pelaku maksiat/ kesalahan serta mengingatkan dan menakutkan dengan ancaman Allah ataupun menyukakan dengan nikmat dan balasan Allah. Dan juga memberi nasihat pada orang itu supaya dia sedar akan kesalahannya itu.

*  Di tahap ini perlu untuk da’ie memberi peringatan dengan kata-kata yang lembut dan penuh pengajaran.

Darjat 3 – Orang yang tahhu dia buat salah dan ditegur pun masih berdegil

 * maka untuk itu dibenarkan para da’ie menggunakan perkataan yang keras jika tidak berkesan dengan cara yang lembut. TETAPI perlulah berpadanan dengan orang itu. Bukannya mengutuk fizikal tubuhnya.

Darjat 4 – Sekiranya ketiga-tiga darjat itu tidak berkesan, maka perlu lebih keras

* Di tahap ini, jika si pelaku maksiat masih juga melakukan maksiat dan tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang lain, maka boleh dan dibenarkan untuk buang air arak yang diminum dan sekiranya berdegil juga maka boleh dipecahkan bekas arak tersebut.

* Contoh yang lain adalah sekiranya seorang lelaki memakai sutera, maka boleh dibuang dan sekiranya tahap itu pun masih berdegil maka bolehlah dikoyakkan suteranya itu.

…..Maka sekiranya mempunyai kuasa (tangan dan pemerintah) untuk mencegah maksiat sekalipun,  perlu untuk mengikut ‘level’ ini untuk tidak terlalu syadid (keras) dan menunjukkan Islam itu indah dan bertolak ansur.

Adab-adab bagi seseorang yang hendak mencegah pelaku maksiat:

 1. Alim (Tahu perkara itu haram)

2. Wara’ (Tidak membuat maksiat apa yang dibuat oleh orang yang ditegur)

3. Husnul khuluk (mempunyai perangai yang baik)

Kesimpulan

Moga para dai’e dapat menghayati sedikit perkongsian ilmu ini. Semoga Allah berikan yang terbaik dan mendapat manfaat pada diri saya dan pembaca..amiinn

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 07 Jamadilawal 1433H bersamaan 30 Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: