Kemuliaan Umat Muhammad: Kuliah Jumaat

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari kuliah sebelum  Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (Mardi) UPM pada hari Jumaat 30 Mac, penyampai Kuliah Jumaat ialah Ustaz Abu Hisyam yang menyentuh tentang kemuliaan umat Muhammad.

Antara isi penting kuliah Jumaat ini:

Kalau di anolagikan setiap anak yang bongsu, kebiasaannya akan lebih dimanjakan dan lebih diberi perhatian berbanding anak yang sulung. Ketika Nabi Adam as diciptakan dan tinggal di syurga, Nabi Adam melihat banyak di daun-daun di syurga terukir nama ‘Muhammad’ tikamana Adam berjalan-jalan di dalam syurga..

Lalu ditanya kepada Allah Rabbul Jalil, “siapakah gerangan Muhammad ini sehinggakan namanya menghiasi syurgaMu ya Allah??”…lalu dijawab, “itulah kekasihKU“..Makakekasih Allah ini diberikan segala macam keistimewaan serta kemuliaan yang tiada pada umat nabi yang lain. Nabi Adam as menyatakan tentang 4 kemuliaan umat Nabi Muhammad saw berbanding umat Nabi Adam as.

1. Boleh Bertaubat Bila-Bila Masa dan Dimana Sahaja

– Zaman Nabi Adam as, umatnya yang hendak bertaubat, perlu pergi ke Makkah untuk meminta ampun kepada Allah atas kesalahan yang dilakukan.

– Di zaman umat Nabi Musa as pula, sesiapa dari kalangan umatnya yang hendak bertaubat, mereka perlu bunuh diri untuk dosa mereka diampunkan.

– Keistimewaan diberi pada umat Nabi Muhammad saw adalah boleh bertaubat bila-bila masa dan, dimana-mana tempat dan sebagainya. tidak perlu ke tempat yang jauh untuk bertaubat. Tidak perlu memilih masa untuk bertaubat. Cuma perlu melafazkan ucapan dari mulut selaku hambaNya yang berdosa untuk meminta keampunan dari Allah.

2. Tidak dipisahkan Pasangan

– Adam as melanggar perintah Allah lalu dipisahkan Adam dan Hawa di tempat yang jauh (ada yang mengatakan Adam diturunkan di Sri Lanka manakala Hawa pula diturunkan di Makkah).

– Tetapi Umat Muhammad saw yang melanggar perintah Allah tidak dipisahkan pasangan mereka. Bahkan Allah menerima pula taubat umat Muhammad saw yang bertaubat dengan penuh penyesalan kepada Allah.

3. Tidak Di Lucutkan Pakaian

– Adam dan Hawa yang telah melanggar perintah Allah swt akhirnya di lucutkan pakaian semasa diturunkan di dunia.

– Tetapi Umat Muhammad saw tidak dilucutkan pakaian pun jika melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah. malah diberi pakaian..Malangnya, pakaian yang diberi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. malah berani untuk membuka aurat tanpa memikirkan pakaian yang diberi oleh Allah.

4. Masuk Syurga

– Adam as telah melanggar perintah Allah lalu dikeluarkan dari syurga.

– Tetapi Umat Muhammad saw yang berbuat maksiat dan melanggar perintah Allah sekalipun masih lagi boleh masuk ke syurga Allah jika mereka beriman kepada ALlah.

Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa

-Surah Ali-Imran: 133-

Kesimpulan

Kemuliaan itu dapat dirasai oleh umat Nabi Muhammad saw. Tidakkah kita merasa segan pada Allah tatkala diberi kemuliaan tapi dibalas dengan dosa kepada Allah. Sangat malu kita dengan Allah dan apa yang kita hendak jawab di hadapan Allah nanti??… Sama-sama kita muhasabah…Moga Allah menjaga dan memelihara iman kita..aminnn

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 08 Jamadilawal 1433H bersamaan 31 Mac 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: