Islam Diperbodohkan: April Fool

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Selepas mendengar Pengisian dari Ustaz Fauzi (moderator Al-Kuliyyah) pada maghrib tadi, ada menceritakan serba sedikit mengenai latarbelakang April Fool ini. Memang ramai yang sudah mendengar. Tapi saya hendak berkongsi versi Ustaz Fauzi ini.

Dengki dan tidak puas hati

Cerita ini bermula selepas Panglima Islam Tariq bin Ziyad berjaya menakluki Andalusia, Sepanyol. Ini sangat menjadikan Tentera Salib tidak puas hati kepada Tentera Islam yang dipimpin oleh Panglima Tariq bin Ziyad kerana berjaya menakluk Sepanyol dalam masa yang singkat serta mengalahkan Tentera Salib yang telah lama bertapak di Sepanyol.

Hendak berperang dengan Tentera Islam, Tentera Islam akan menang kerana mereka cintakan akhirat dan dan matlamat Tentera Islam adalah untuk syahid. Tentera Salib pula berjuang untuk hidup dan mendapat kekayaan (cintakan dunia). Mereka tidak dapat duduk diam dan merancang pelbagai strategi untuk menawan kembali Andalusia, Sepanyol itu. Akhirnya mereka menemui formula untuk mengalahkan Tentera Islam.

Strategi Eksport ‘Nafsu’

Setelah dikaji maka formula itu adalah sogokan untuk membesarkan nafsu dan kebanyakan yang lemah iman akan terpedaya. Maka dieksport lah antaranya:

1. Hiburan

2. Arak

Umat Islam mula terpedaya dengan hiburan. Daripada yang membaca Al-quran, semakin lama semakin tinggalkan al-quran dan mula menyanyi. Arak pun begitu juga. Semakin lama, semakin semakin ramai yang mnum arak,. Pada mulanya memang hendak mencuba tetapi ketagih pula. Dan inilah masa yang dtunggu oleh Tentera Salib. Bilamana umat Islam menjauhi Allah dan semakin menjadikan nafsu sebagai Tuhan, maka Umat Islam sangat lemah dan terbukalah peluang Tentera Salib untuk menyerang Islam serta sebagai hukuman Allah kerana mensia-siakan nikmat yang Allah berikan.

Umat Islam DiBODOHkan

Akhirnya Tentera Salib menyerang Andalusia, Sepanyol dan Tentera Islam berjaya dikalahkan. Yang tinggal kebanyakannya hanya orang tua, wanita-wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Maka untuk menyelamatkan diri mereka, mereka bersembunyi di rumah masing-masing kerana saat itu tiada lagi tentera Islam yang dapat mempertahankan umat Islam disebabkan semuanya syahid.

Tentera Salib pun membuat pengumuman yang mereka telah menyediakan kapal untuk umat Islam yang tinggal bagi meninggalkan Sepanyol ke tempat lain dan berjanji tidak akan membunuh umat Islam. Umat Islam pun semua gembira dengan tawaran itu dan ada juga yang tidak percaya. Yang menerima tawaran itu semua ke pelabuhan untuk menaiki kapal yang telah disediakan manakala yang tidak setuju pula terus bersembunyi di rumah mereka.

Sedang dalam perjalanan menuju pelabuhan, rumah mereka semua dibakar. Habis semua orang yang masih bersembunyi dalam rumah hangus terbakar. Semua takut dan teruskan ke pelabuhan. Belum sempat sampai ke pelabuhan, kapal-kapal tadi yang disediakan semuanya dibakar juga. Selepas itu, Tentera Salib mengepung semua umat Islam yang beribu-ribu itu, lalu dibunuhnya dengan kejam satu persatu. Tiada siapa yang selamat.

Bila Allah ‘Azza Wa Jalla Dilupakan Oleh Orang Beriman

Umat Islam diperbodohkan dengan menipu lalu dibunuh. Umat Islam yang dibunuh itu, ada yang mengatakan sehingga laut menjadi merah dengan tertumpahnya darah umat Islam disitu. Menggambarkan betapa ramainya umat Islam yang dibunuh. Peristiwa ini berlaku pada 1 APRIL 1487 (sekiranya tidak silap).

Oleh itu, sebagai ibu bapa dan orang yang lebih dewasa, perlulah ada rasa tanggungjawab untuk menceritakan pada anak-anak kita serta masyarakat supaya mereka tidak menyambut sesuatu ‘event’ yang secara sejarahnya menyedihkan Umat Islam. Biar sesuatu perkara itu disambut, kita tahu hujung dan pangkalnya..

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 09 Jamadilawal 1433H bersamaan 01 April 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: