Bolehkah Isteri Bimbing Suami??

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Ada yang bertanya, selalunya lelaki akan membimbing perempuan iaitu suami akan membimbing isteri ataupun suami akan menjadi pelindung pada perempuan. Dan sebagai ayah pula, untuk membimbing anak ke jalan yang benar. Saya akan memberikan beberapa point penting mengenai ini.

Lelaki (suami) Sebagai Pelindung Perempuan (isteri)

Ini termaktub dalam ayat al-Quran seperti firman Allah swt:

“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya….”

-Surah An-Nisa’: 34- 

Sistem Allah ini cantik dengan mencipta sistem yang adil. Tetapi mengapa timbul persoalan “Bolehkah Isteri bimbing suami??” Mengapa tidak suami yang membimbing isteri?? Bukankah ayat di atas jelas menunjukkan suami sebagai pelindung kepada isterinya (perempuan)??..

Sebagai lelaki atau suami peranannya adalah:

1. Pelindung kepada perempuan.

2. Ketua keluarga

3. Mendidik anak-anak

4. Mendidik Isteri.

5. Menjaga keselamatan keluarga.

6. Memberi nafkah kepada keluarga.

Jelas beberapa point di atas menunjukkan yang mana lelaki ini besar tanggungjawabnya. Bukan tidak boleh isteri mendidik suami, tetapi agak tidak berapa sesuai.

Kita ambil anologi yang mana setiap kepala-kepala yang memimpin akan menjadi rujukan utama anak-anak buahnya untuk melaksanakan kerja atau untuk mengambil taujihat (kata-kata motivasi). Anak-anak buah juga akan mengikut segala arahan ketua mereka.

Oleh itu, ada hadith yang menyebut:

“Setiap dari kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap dari pengembala (pemimpin) itu bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya”

Lelaki Yang Baik Adalah Untuk Perempuan Yang Baik

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Berdasarkan firman Allah swt:

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula), Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”

-Surah An-Nur: 26-

Mungkin disebabkan bakal suami itu merasakan dirinya tidak cukup ilmu agama untuk membimbing bakal isterinya. Dan mungkin juga bakal suami itu tidak sealim bakal isterinya dan pernah melakukan salah iaitu pernah ada sejarah hitam. Ataupun mungkin juga waktu itu dia sedang berada dalam kondisi sering melakukan maksiat kepada Allah.

Semua orang kalau ditanya, memang hendak pasangan yang baik walaupun orang itu merupakan penagih dadah ataupun orang yang paling jahat di dunia. Pastinya dia tidak mahu anak-anak ataupun isterinya mengikuti jejak langkahnya.

Allah melarang orang beriman bernikah dengan penzina melainkan penzina itu sudah bertaubat nasuha dan melalui satu kali suci iaitu keluar haid bagi mengosongkan rahim.

Maksudnya adalah boleh berkahwin dengan orang yang pernah melakukan maksiat dan kesalahan tetapi dengan syarat sudah bertaubat nasuha. Ada kelebihan bagi orang yang zaman gelap ke zaman terang ini iaitu yang berhijrah kepada lebih baik dan bertaubat kerana dia telah melalui dua zaman yang berbeza dan boleh gunakan pengalaman itu untuk mendidik anak-anak mereka nanti.

Sebab itu dilarang bertunang dalam masa yang lama kerana dikhuatiri orang yang sudah bertaubat itu, perkara-perkara lama di zaman hitamnya diungkit-ungkit dan menjejaskan pertalian perkahwinannya. Sedangkan dia sudah bertaubat..

Perkahwinan Untuk Ketenangan Jiwa

Dalam surah Ar-Rum: 21 Allah telah berfirman dengan maksudnya:

Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri , agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yna demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir

 Perkahwinan adalah untuk:

1. Tenteramkan jiwa

2. Menerbitkan rasa kasih sayang

3. Menjaga keturunan

Oleh itu, fahamilah erti sebuah perkahwinan. bukan untuk main-main tetapi adalah untuk melaksanakan tanggungajawab yang lebih besar terutamanya lelaki dalam mendidik keluarga mendekati Allah ‘azza wa jalla.

Kesimpulan

Oleh itu, segala perkongsian ini untuk kita sama-sama muhasabah diri sama ada kita sudah bersedia ataupun tidak untuk meneruskan kehidupan yang penuh tanggungjawab. Semoga yang baik dijadikan tauladan..

Wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Jamadilawal 1433H bersamaan 04 April 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: