Cara Pandang Perkahwinan Mengikut Islam

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Banyak cara pandang mengenai perkahwinan. Pandangan mengikut Islam, Barat, Syiah, Orang muda, sosialis dan macam-macam lagi. Oleh itu, mari kita lihat beberapa sisi pandang megenai perkahwinan daripada kacamata Islam.

1, Himpunan Dua Jiwa

Setiap orang mempunyai perasaan, emosi, perilaku, cara percakapan dan cara bergaul yang sangat berbeza. Lihat juga dari segi persekitaran. Contoh kalau seorang suami dibesarkan dalam keadaan majoriti adik beradiknya perempuan, maka dia akan berperangai sedikit lembut. Lain pula ceritanya jika isteri pula dibesarkan oleh seorang bapanya yang bekerja sebagai askar. Silap sikit sahaja ada yang makan tangan.

Mungkin itu akan menyebabkan sedikit perangai isteri akan kasar pabila dibesarkan dalam keadaan sebegitu. Lelaki dan perempuan sangat berbeza dari segi sudut pandang sesuatu.

1. Lelaki akan memandang dengan matlamat.

2. Perempuan akan memandang dengan proses.

Contoh kalau hendak pergi ke pasar, suami akan pergi sahaja ke pasar untuk membeli barang dan baginya matlamat untuk mebeli barang di pasar itu tercapai. Berbeza pula dengan perempuan. Akan diperiksanya angin tayar, diperiksa minyak kereta sama ada cukup ataupun tidak, hendak pergi berapa lama dan hendak pakai baju apa dan macam-macam lagi.

2. Himpunan Dua Keluarga

Apabila anda berkahwin anda bukan sahaja berkahwin dengan seorang batang tubuh itu malah anda berkahwin dengn seluruh keluarganya. Anda kena menghormati keluarga mertua sebagaimana anda menghormati keluarga anda sendiri. Di dalam Islam, anda mesti menunaikan hak bapa mertua sebagaimana bapa kandung anda. Antara yang perlu dihormati sama taraf:

1. Bapa/ibu kandung.

2. Bapa/ibu tiri.

3. Ibu Susuan

4. Bapa/ibu angkat yang membesarkan anda sejak kecil.

Sebab itu perlu kita untuk menjaga hubungan yang baik dan akrab antara keluarga kerana masing-masing ada hak yang perlu ditunaikan. Oleh itu, jagalah hubungan kedua keluarga sebelum , semasa dan selepas kahwin kerana anda akan berhubung bersama.

3. Terima Perubahan

Selesai sahaja berkahwin, kadang-kadang pasangan tidak boleh menerima perubahan. Contohnya sekiranya pasangannya itu bertambah saiz badannya, maka makin tidak disukai kerana pasangan dikahwini kerana fizikal kecantikannya. Ada juga yang berkahwin kerana hartanya. Apabila pasangannya muflis, ditinggalkannya.

Sebab itulah agama menyarankan pasangan itu berkahwin kerana agamanya kerana masing-masing menuju redha Allah dan secara tidak langsung merangkumi semua sifat iaitu kecantikan, harta dan keturunan.

Perubahan juga mesti dibuat selepas kahwin. Cotohnya jika sebelum kahwin, suami suka lepak di kedai makan, tetapi selepas kahwin perlu diubah perangai itu kerana selepas berkahwin, kita sudah ada tanggungjawab pada isteri dan anak-nak. Tidak sama ketika zaman bujang.

4. Tidak Selamanya Indah

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkahwinan tidak selamanya bahagia. Akan merasa kadang-kadang manis, pahit, masam, suam-suam air milo dan sebagainya. Masalah akan mematangkan lagi pasangan untuk mengendalikan bahtera rumahtangga. Oleh itu pasangan kena menyesuaikan diri dengan segala keadaan.

5. Pengakhiran

Perkahwinan akan berakhir sama ada cerai ataupun mati. Sekiranya bercerai maka masing-masing perlu menunaikan hak supaya anak-anak tidak menjadi mangsa. Bukannya merebut siapa yang kena jaga anak kerana anak-nak tidak tahu apa-apa. yang anak-anak kecil tahu hanyalah ibu bapanya baik dan mereka perlukan kasih sayang.

Contohnya ada kes yang berlaku yang ibu bapan merebut hak penjagaan anak. apabila ibu ambil anak, maka bapanya tidak mahu membayar nafkah. Dan si ibu pula tidak mahu anaknya berjumpa bapanya dan mengatakan kepada anaknya bahawa bapanya itu jahat. Ini serba sedikit contoh.

Dan jika berlaku kematian suami, isteri dinasihati untuk mengasingkan harta sepencarian kerana jika hendak ditunggu mengikut faraid maka isteri akan dapat sedikit. Jadi hak sepencarian perlu diasingkan dahulu kerana disitu isteri ada hak kerana mencari harta bersama dan selebihnya baru diagihkan mengikut hukum farai.

Kesimpulan

Oleh itu tujulah rumahtangga kearah redha Allah. Bukan menilai dari kacamata barat tetapi nilailah dari kacamata Islam. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.. aminnn

yang benar,

hazim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: