KERAJAAN, JANGAN SEKAT TUNTUTAN PEMASUHAN PTPTN

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Beberapa hari ini kecoh dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di seluruh Malaysia. Saya sokong untuk pemansuhan PTPTN ini kerana ianya menjadikan mahasiswa berhutang sebelum bekerja lagi. Tetapi semalam telah keluar kenyataan dari pihak kerajaan yang cuba mnyekat kebangkitan mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Timbalan menteri belia dan sukan Datuk Razali Ibrahim berkata perhimpunan pelajar yang dirancang Sabtu ini bukan untuk membantah pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebaliknya, perhimpunan itu dirancang pembangkang untuk mengapi-apikan kemarahan mahasiswa menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, dakwa naib Ketua Pemuda Umno itu lagi.

“(Tarikh) 14 April bukan untuk PTPTN. 14 April adalah pemanas badan untuk perhimpunan BERSIH (3.0) dan menggunakan kampus untuk persediaan bagi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Perhimpunan BERSIH akan berlangsung pada 28 April ini – dua minggu selepas demonstrasi anti-PTPTN – di lokasi yang sama.

Razali mendakwa Pakatan Rakyat sudah kehabisan isu untuk dibangkitkan dan tersasar daripada manifesto Buku Jingga berhubung PTPTN yang menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah.

1. Ini menampakkan Kerajaan mula goyah apabila mahasiswa mula mempersoalkan isu ini. Kerajaan hilang modal memperjuangkan hak rakyat dan akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan yang mana pergerakan mahasiswa ini dirancang oleh pembangkang.


2. PTPTN ini isu mahasiswa dan seluruh rakyat dan tidak perlu untuk dipolitikkan oleh mana-mana parti sama ada pembangkang atau kerajaan.  Kerajaan harus matang dalam memperjuangkan isu rakyat.

3. Mahasiswa dan rakyat memilih siapa yang sanggup menurut kemahuan mereka memperjuangkan isu mereka. Jadi, pihak Kerajaan masih lagi bermain tarik tali dan akhirnya menunjukkan Kerajaan masih lagi tidak menepati citarasa mahasiswa dan rakyat. Maka, hentikan sentimen kepartian demi kepentingan rakyat.

4. Oleh itu, baik pembangkang mahupun kerajaan, sesiapa yang bersungguh2 membawa agenda pembaikan terhadap rakyat, merekalah “hero” mahasiswa. 14.4 adalah perjuangan rakyat, 28.4 adalah perjuangan rakyat. Mahasiswa akan bersama mana2 entiti atau parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan kebajikan buat rakyat Malaysia.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 19 Jamadi al-Awwal 1433 bersamaan 11 April 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: