PERUTUSAN TAHNIAH PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG

SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE 14

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

PMIUPM mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Ini merupakan satu anugerah Allah yang diberikan kepada DYMM Tuanku sebagai wakil Khalifah Allah untuk mentadbir Malaysia mengikut acuan Allah (sibghah Allah).

PMIUPM dan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam mengharapkan dengan pertabalan DYMM Tuanku kali kedua ini akan dapat memperkasakan pentadbiran Islam dengan pelaksanaan hukum-hukum serta syari’at Allah. Bumi Malaysia sangat memerlukan acuan Allah untuk dilaksanakan.

PMIUPM juga mengharapkan DYMM Tuanku supaya dapat mengutuhkan lagi kesatuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya Melayu, Cina, dan India (antara etnik kaum yang terbesar) dengan berteraskan kepimpinan Rasulullah yang berjaya mentadbir Madinah Al-Munawwarah yang terdiri daripada pelbagai kelompok termasuk Yahudi, Aus, Khazraj dan Muhajirin. Penyatuan Umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia akan memberikan kesan positif yang sangat besar kepada perubahan Negara Malaysia ke arah yang lebih baik.

Dengan konsep Raja Berperlembagaan ini, diharap kestabilan ekonomi dan politik Negara juga akan semakin menuju acuan Allah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam melalui Perlembagaan Agung iaitu Al-quran. Ekonomi yang berteraskan Islam dengan tidak berlaku riba’, rasuah, penipuan timbangan akan memajukan lagi ekonomi Negara. Begitu juga dengan perjalanan politik yang mengikut acuan Islam serta Tokoh Politik Islam, Rasulullah akan menjamin Negara lebih harmoni sekaligus menjana kesejahteraan rakyat.

Akhirnya, PMIUPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan serta mentadbir negara mengikut acuan Allah.

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Daulat Tuanku!!!

 

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 18 Jamadi al-Awwal 1433 bersamaan 10 April 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: