Tiru Umar Abd Aziz, Sentimen Perbalahan Puak Selesai

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Baru-baru ini, ramai juga yang bertanya kepada saya bagaimana mahu menghilangkan sentimen jika kita berbalah?? Disebabkan satu perkara dahulu akhirnya tercetusnya perbalahan yang tidak sudah. Akhirnya, Allah mendatangkan ilham sehingganya tercetus dan terdetik dalam hati saya untuk melihat kembali sirah perjuang sahabat-sahabat yang penuh dengan onak dan duri. Ada beberapa isi penting yang saya akan sampaikan sebagai cara penyelesaian kepada masalah ini. Terpulang kepada mana-mana individu yang bertanya untuk memilih cara yang mana.

1. Islam Titik Penyatuan Umat

Sebagaimana yang kita tahu bahawa Kaum Ansar terdiri daripada puak Aus dan Khazraj yang berbalah hampir ratusan tahun disebabkan hanya bisikan sentimen yang kaum Yahudi mainkan berjaya memecahbelahkan puak-puak Aus dan Khazraj. Akhirnya dengan kedatangan Rasulullah junjungan mulia yang membawa Islam berjaya menyatukan kembali puak-puak ini yang telah ratusan tahun berbalah.

2. Generasi Baru Tidak Perlu Tahu  Krisis Hitam

Sebagaimana juga yang kita tahu, Perang Siifin dan Perang Jamal melibatkan antara figure-figure besar yang sangat hebat dalam Islam iaitu, Muawiyah yang merupakan Penulis wahyu Nabi Muhammad saw, Saidina Ali sahabat yang dijamin syurga serta Isteri Rasullullah, Saidatina Aisyah. Kisah ini membuatkan saya terkedu seketika membayangkan berjayanya golongan munafik memecahkan Islam selepas kewafatan Rasulullah.

Saidina Ali memegang tampuk pemerintahan dengan menjadi ameer/khalifah pada masa itu yang mana keadaan sangat huru-hara. Ketiga-tiga puak saling berbalah dan wujud sentimen sehingga menyukarkan pentadbiran Saidina Ali. Sebagai Khalifah yang dilantik, hasratnya adalah untuk menyatukan umat Islam walaupun wujud pemikiran yang berbeza. Saidina Ali hanya dapat mentadbir dalam waktu yang sangat singkat dan akhirnya dicantas dan dibunuh oleh puak-puak yang tidak berpuas hati ini. Pemerintahan beralih pula kepada Muawiyah dan seterusnya menjadi pengasas Kerajaan Bani Umaiyyah.

Peringkat ini masalah dapat diselesaikan dengan melenyapkan semua yang terlibat dengan krisis hitam dahulu agar tidak menceritakan serta membangkitkan perkara lama yang hitam itu kepada generasi baru. Biarkan generasi baru yang tidak terlibat dengan krisis hitam itu tidak tahu langsung peristiwa hitam itu dan membina graf kepimpinan Islam yang baru. Dengan erti kata lain, yang terlibat degan krisis hitam itu tidak kira mana-mana puak tidak perlu melakukan sebarang doktrinisasi kepada generasi baru.

Biarkan peristiwa lalu itu berlalu begitu sahaja, tidak perlu diingatkan semula kerana jika generasi baru juga tahu dan berlaku pendoktrinisasi daripada mana-mana puak, mungkin akan menyebabkan perbalahan yang tidak akan selesai. Dan akhirnya graf baru Muawiyah berjaya mempertahankan Kerajaan Islam Bani Umaiyah dalam tempoh yang agak lama. Tidak ada gunanya perbalahan sesama Islam kerana akan menguntungkan musuh-musuh Islam dan merudikan sasaran dakwah kita.

3. Pemimpin Yang Adil

Teringat satu firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah Al-Maidah, ayat 8)

Allah menyuruh kita berlaku adil dan jangan disebabkan kebencian terhadap sesuatu kaum maka kita tidak berlaku adil. Saya begitu kagum dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dikatakan Khulafa’ Arrasyidin yang kelima yang berjaya menghilangkan sentimen puak-puak yang berbalah. Kutukan ketika khutbah yang mengutuk Saidina Ali juga berjaya dihilangkan. Pemerintahannya yang adil dan free daripada mana-mana puak membuatkan semua puak selesa dan senang dengan pemerintahan Umar.

Maka Umat Islam ketika itu, berjaya didamaikan walaupun wujud puak-puak yang berbeza aliran pemkiran tetapi berjaya disatukan dengan pemerintahan yang adli daripada seorang pemimpin Islam yang mengamalkan dasar 100% Islam.

Kesimpulan

Ketiga-tiga cara ini boleh diaplikasikan dalam mana-mana kondisi yang menunjukkan titik perpecahan. Moga dengan sedikit tulisan yang biasa ini berjaya menyatukan umat Islam yang berbalah kerana satu perkara. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada itu. Islam sebagai teras perpaduan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: