BERSIH 3.0

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Ramai yang mula membincangkan topik ini iatu BERSIH 3.0 sejak pelancaran BERSIH 3.0 tempohari. BERSIH akan berjalan pada esok hari dan ramai orang memberikan pandangan masing-masing. Tidak kira sama ada pihak A atau B.

1. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana menjalankan tugas yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara dan semakin matang dalam menghadapi situasi rakyat dalam negara ini.

2. Begitu juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan Dataran Merdeka tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

3. Walaubagaimanapun, mana-mana pihak tidak wajar untuk menghalang atau menyekat rakyat daripada menyatakan suara mereka selagi mana mereka (peserta demonstrasi) tidak melakukan keganasan dan mengganggu ketenteraman awam.

4. Ini selari dengan Prinsip Islam iaitu Hurriyyah ataupun kebebasan yang diamalkan dalam Islam dimana rakyat diberi kebebasan bersuara bagi menyatakan pendapat mereka seperti yang pernah dilaksanakan dalam pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz di zaman Bani Umaiyah.

5. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan dalam Perkara 10 menyatakan tentang kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan:

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

6. Kita perlu ingat bahawa negara kita adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan DEMONSTARSI merupakan salah satu elemendalam demokrasi.

7. Jika masing-masing memainkan peranan dengan sebaiknya di posisi masing-masing, maka insyaAllah tidak akan berlaku keganasan, kezaliman serta penindasan.

8. Allah nyatakan dalam Al-quran bahawa tidak ada permusuhan melainkan ke atas orang-orang yang zalim.

9. Mana-mana pihak yang akan ke BERSIH 3.0 hendaklah membetulkan niat bahawa himpunan adalah untuk menentang kezaliman dan penindasan ke atas rakyat bukan untuk menggangu ketenteraman awam.

Semoga Allah memberi rahmat dan kesejahteraan ke atas sesiapa sahaja yang menegakkan kebenaran dan kalimah Allah di muka bumi insyaAllah..

Sekian, wassalam.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH,

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.

Bertarikh : 16 Jamadil Akahir 1433 H bersamaan 27 April 2012

Leave a comment