Islam Menganjurkan Keadilan dan Keamanan: BERSIH 3.0

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Assalamualaikum…

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

28 April telah menyaksikan ratusan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanan yang mahukan supaya kerajaan bertindak lebih adil untuk Pilihanraya Umum akan datang. Juga terlibat daripada kelompok yang mahu memansuhkan PTPTN serta mahukan diberhentikan segera operasi kilang Lynas yang akan menyusahkan rakyat.

1. Ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana membenarkan rakyat untuk berhimpun bagi menyatakan serta menyuarakan pendapat rakyat.

2. Terima kasih juga kepada pihak Polis serta anggota keselamatan yang terlibat dalam mengawal suasana BERSIH.

3. Islam menganjurkan keadilan dimana rakyat serta pemerintah perlu berlaku adil sesama mereka. Rakyat hendak berhimpun, silakan. Dan Pemerintah mesti mendengar suara hati rakyat.

4. Menyekat rakyat berhimpun di Dataran Merdeka itu salah kerana itu merupakan tempat yang sesuai dan jika diberi, tidak akan timbul masalah. Asalkan mereka tidak melakukan masalah ketika berhimpun di Dataran Merdeka.

5. Merempuh masuk ke Dataran Merdeka juga salah kerana boleh sahaja berhimpun di luar Dataran Merdeka. Sangat cantik pada permulaan himpunan di luar Dataran Merdeka yang mengepung sekeliling Dataran Merdeka.

6.  Dalam keadaaan kumpulan yang ramai, ada juga yang menyamar untuk melakukan provokasi supaya imej perhimpunan rosak dengan berlakunya keganasan.

7. Ada Polis yang membelasah peserta BERSIH dan ada juga adegan peserta BERSIH membelasah polis.

8. Ini bukan dosa dengan Tuhan tetapi dosa dengan manusia. Maka salah laku dengan manusia perlu memohon maaf dengan manusia juga.

9. Jika masing-masing memainkan peranan dengan betul, iaitu rakyat berhimpun secara aman, manakala pemerintah dan pihak polis membenarkan serta berlaku adil pada rakyat, maka tragedi buruk perhimpunan tidak akan terjadi.

10. Oleh itu, perlu ingat bahawa Islam sangat mengiktiraf keadilan dari rakyat dan pemerintah dan Islam juga menganjurkan keamanan dan bukannya keganasan walaupun kita berhimpun untuk menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.

Sekian, wallahu’alam.

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD NOH,

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia.

Bertarikh : 19 Jamadil Akahir 1433 H bersamaan 30 April 2012


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: