Toeri Pembangunan Kepimpinan: Wawancara

Salam, ini serba sedikit soalan yang  diajukan kepada saya dalam satu wawancara untuk menjawab soalan-soalan berkaitan Toeri Pembangunan Kepimpinan sebagai mewakili salah seorang pemimpin mahasiswa.
1. Apakah yg anda faham tentang pembangunan kepimpinan?

–          Pada pandangan saya, pembangunan kepimpinan adalah salah satu medium untuk mentarbiyah seseorang untuk membina karakter kepimpinan berteraskan acuan Allah (sibghah Allah) dengan menggilap bakat yang sedia ada (semulajadi) atau membentuk bakat daripada nothing to something.Pembangunan kepimpinan perlu ditingkatkan dari segi aspek luaran (gaya kepimpinan) dan aspek dalaman (rohaniah). Pembangunan kepimpinan bukan boleh dilakukan dalam masa yang singkat malah perlu bermula dari umur yang muda. Pembangunan kepimpinan dilakukan secara berperingkat dari zaman persekolahan, zaman universiti. Zaman inilah yang dikatakan sebagai training ground bagi pembangunan kepimpinan bagi menunjukkan siapa diri anda yang akan pimpinan Negara akan datang.

2. Apakah pandangan saudara tentang konsep kepimpinan sekarang? Adakah ianya relevan diamalkan di malaysia?

–           Konsep kepimpinan sekarang yang cuba ditonjolkan oleh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah sangat baik dari segi beberapa perkara sahaja. Cuma yang tidak boleh dicontohi adalah dari segi rasuahnya dan dari segi kerohanian yang tidak ditekankan tentang pendekatan diri pada Allah. Berbeza dengan kepimpinan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri yang memandang jauh ke hadapan dan mempunyai ketegasan yang tinggi. Melihat pula kepimpinan yang mengikut acuan Allah adalah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sifat sederhana yang ditunjukkan serta pentadbiran kerajaan Kelantan yang mengikut garis panduan Islam mampu mendidik masyarakat mendekatkan diri pada Allah. Apa pun, bagi saya, konsep kepimpinan Menteri Besar Kelantan adalah paling relevan unuk diamalkan di Malaysia kerana Masyarakat majmuk boleh menerima pembawaan kepimpinan Islam Menteri Besar Kelantan.


3. kepimpinan bercorak bagaimanakah yg menjadi ikutan atau sebagai model dalam kepimpinan diri anda?

–           Semestinya ikutan dan model kepimpinan saya selaku orang Islam adalah model kepimpinan Rasulullah, Khulafa’ Ar-Rasyidin dan seluruh kepimpinan Islam yang mengikut sibghah Allah (acuan Allah). Sistem Allah itu sangat cantik. Apabila mengikut segala aturan acuan Allah dalam kepimpinan, maka tidak akan ada masalah.

–           di Zaman kepimpinan Rasulullah, tujuan utama adalah mengagungkan Allah sebagai pencipta dan pentadbir sekelian alam. Keduanya adalah dengan melaksanakan segala keperluan rakyat yang menuju redha Allah. Kepimpinan Islam yang dibawa oleh Rasulullah berjaya menyatukan seluruh masyarakat Madinah yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

4. Apakah tindakan yang telah dibuat, sedang dibuat dan akan dibuat/dilaksanakan mengenai pembangunan kepimpinan di organisasi anda?

–           Alhamdulillah Pembangunan kepimpinan utama dalam organisasi saya adalah dengan menetapkan garis panduan mutaba’ah ‘amal (amalan-amalan khusus) seperti amalan-amalan sunat yang perlu sentiasa diupdate dan diupgrade. Ini kerana sebagai pemimpin akan menjalani pelbagai ujian dan rintangan. Hanya dengan mendekatkan diri dengan Allah maka akan dapat menguatkan diri sebagai pemimpin Islam.

Selain itu, melazimkan pimpinan untuk selalu brainstorming bagi menjana idea-idea bernas serta memikirkan perkara-perkara besar. Sesi ini menyebabkan kita sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai latarbelakang individu yang akhirnya berjaya mengeluarkan idea-idea yang cukup baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pembangunan kepimpinan yang lain adalah dikembangkan dengan memeberi tasking untuk membaca buku yang ditetapkan dan melakukan debat buku bagi menjana idea-idea baru sebagai pemimpin. Ilmu yang lebih akan didapati melalui pembacaan

5. Anda merupakan pemimpin pelajar disebuah IPTA/U, bagaimanakah karektor anda dalam memberi bimbingan pengikut atau org bawahan anda supaya matlamat dan visi organisasi/persatuan tercapai?

–           Dalam karakter saya untuk memberi bimbingan kepada ahli persatuan adalah dengan membahagikan ahli persatuan kepada beberapa stage. Setiap stage saya peratusan saya memberi tasking dan peratusan ahli melaksanakan tasking adalah berbeza:

1. Beginner stage: 70% saya memberi tasking dan peratusan ahli melaksanakan tasking 30%

2. Formation stage: 50% saya memberi tasking dan peratusan ahli melaksanakan tasking 50%

3. Expert stage: 30% saya memberi tasking dan peratusan ahli melaksanakan tasking 70%

Kebiasaannya ahli persatuan yang terdiri daripada expert stage merupakan pimpinan serta pejuang berani mati. Setiap stage mempunyai peranan masing-masing bagi melaksanakan misi organisasi.


6. sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda nembahagikan masa antara pelajaran dan persatuan?

–           apabila diri kita disibukkan dengan perkara-perkara yang berfaedah maka tidak akan ada masa untuk perkara-perkara tidak berfaedah. Saya membahagikan 3 medan Tarbiyah untuk mengutip segala ilmu di bumi Allah.

1. Bilik kuliah – saya akan mengutip ilmu secara formal.

2. kolej atau tempat tinggal – menjalani kehidupan dan mengutip ilmu secara critical thinking untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.  Berpersatuan – secara tidak formal akan menjadi training ground untuk membina sifat leadership serta kemahiran insaniah.

Kesimpulannya, kesemua 3 medan Tarbiyah ini sangat penting bagi menyumbang beberapa peratus untuk kedapatan ilmu tidak kira secara formal ataupun tidak. Maka saya mengambil dua medan tarbiyah yang terpenting iaitu bilik kuliah dan berpersatuan. Apabila kita sibuk maka kita akan sentiasa menyusun jadual supaya masa kita teratur: Antara yang paling penting adalah:

  1. Planner – menyusun segala gerak kerja yang akan dilakukan.
  2. Time Packing gunakan masa yang terluang untuk mengulangkaji pelajaran dan gunakan sebaik-baiknya masa kuliah.  


7. bagaimanakah anda sebagai ketua, mentarbiahkan para pengikut/ org bawahan anda supaya menjadi pengikut yang baik?

–           Cara saya mentarbiah ahli persatuan saya adalah berdasarkan isi kandungan surah At-Taubah, ayat 111 dan 112.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagian)janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung

At-Taubah:111

Saya mentarbiyah ahli persatuan bahawa membuat kerja-kerja menegakkan agama Allah ini merupakan jual beli yang tidak akan merugikan dan Allah menawarkan syurga. Saya tidak punyai duit untuk membayar semua ahli persatuan untuk menjalankan kerja dakwah Islam. Hanya Allah akan membalas segala keikhlasan mereka untuk menegakkan agama Allah. Saya tidak akan memaksa sama sekali ahli persatuan untuk menjalankan segala kerja-kerja Islam ini.

Saya tegaskan kepada ahli persatuan bahawa untuk mendapatkan syurga Allah itu maka hanya memerlukan sedikit pengorbanan masa, tenaga,kewangan, jiwa, pelajaran dan sebagainya. Saya menyeru semua ahli persatuan untuk mencontohi Rasulullah bersama sahabat Baginda saw yang memperjuangkan Islam dengan nilai keihlasan yang tinggi sehingga mencintai mati dan akhirat melebihi daripada mencintai dunia dan harta. Kerana inilah faktor utama Islam berjaya disebarkan sehingga dua pertiga dunia.

“Mereka adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman”

At-Taubah:112

Saya tegaskan kepada semua ahli persatuan bahawa sifat-sifat yang dinyatakan dalam ayat 112 surah At-Taubah ini perlu ada dalam diri semua tentera setelah melepasi tahap yang pertama iaitu adanya nilai keikhlasan yang tinggi dalam memperjuangkan agama Allah tanpa mengharapkan habuan dunia. Antaranya:

  1. Bertaubat – selalu bertaubat kepada Allah kerana tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Sebagai pejuang agama Allah, wajib untuk memohon ampun kepada Allah supaya lebih dekat kepada Allah dan memohon supaya Allah menghantar tenteraNya untuk membantu.
  2. Beribadah – bukan hanya sekadar ibadah wajib tetapi perlu diperketatkan amalan sunat yang lain kerana amalan sunat yang lain akan memperkuatkan jiwa pejuang agama Allah.
  3. Memuji Allah – peuang agama Allah perlu sentiasa memuji Allah kerana segalanya milik Allah.
  4. Rukuk – sentiasa rukuk pada Allah.
  5. Sujud  – Sentiasa sujud dan merendahkan diri pada Allah sebagai hamba yang hina dan berdosa.
  6. Mengembara (demi ilmu dan agama) – sentiasa mengembara ke merata tempat untuk mencari ilmu serta menyebarkan dakwah Islam.
  7. Amar makruf nahi mungkar – menyuruh berbuat baik dan mencegah mungkar.
  8. Memelihara hukum Allah – melaksanakan hukum Allah di muka bumi dan memelihara hukum yang Allah tetapkan.

Alhamdulillah dengan penekanan berdasarkan ayat 111 dan 112 At-Taubah, ahli persatuan Berjaya menjadi ahli yang baik dan mengikut acuan Allah.

8. Apakah harapan anda terhadap pembangunan kepimpinan?

–           Seperti yang saya katakan tadi bahawa mana-mana teori kepimpinan yang menurut acuan Allah, maka sesuatu negeri itu akan selamat dan berada dibawah lindungan Allah. Harapan saya kepada pembangunan kepimpinan terutamanya untuk anak muda, perlula mengikut lunas-lunas Islam supaya pentadbiran Negara yang bakal diterajui anak muda akan datang akan selamat dengan menerapkan Islam.

Yang diwawancara:

Nama: Muhammad Hazim bin Mohd Noh

Fakulti: Sains

Pengajian: Bsk – Major Kimia Petroleum

Jawatan: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Tempat kelahiran: Pahang

Tarikh Lahir: 08 April 1990

Bil. Adik-beradik: 5 orang

Sekolah rendah: Sekolah Kebangsaan Kluang Barat

Sekolah Menengah: Sekolah Tinggi Kluang

Matrikulasi: Kolej Matrikulasi Johor

*Wawancara oleh Sdri Nur Afifah Ibrahim kepada pimpinan mahasiswa. Semoga perkongsian jawapan wawancara saya ini memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: