Politik Kotor Malaysia berulang kembali

Perkara yang sama telah berulang dalam lanskap politik Malaysia. Pada kali ini disiarkan pula gambar Azmin Ali yang dikatakan melakukan hubungan seks dengan wanita lain. Ini telah disiarkan dalam utusan Malaysia kelmarin (1hb mei 2012). Oleh itu saya berpendirian tegas bahawa:

 

 1. Dosa melakukan zina/seks rambang adalah dosa antara manusia (pelaku) dengan tuhan (Allah). Maka tidak ada cara lain melainkan bertaubat nasuha kepada Allah

 

2. Kita dilarang keras dalam islam untuk mencari kesalahan orang lain seperti yang dinyatakan dalam surah al-Hujarat: 13 yang bermaksud “Dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain”..

 

3. Antara syarat mencegah kemungkaran adalah perbuatan yang diingkari itu zahir (nampak jelas depan mata) dibuat tetapi bukan yang sungguh-sungguh diintai atau dicarinya (rujukan kitab Sirussalikin). Boleh rujuk di artikel saya (https://hazimmohdnoh.wordpress.com/2012/03/27/syarat-kemungkaran-yang-dicegah-nota-buat-daie/)

 

4. Sekirannya terbukti azmin ali bersalah maka itu dosanya dengan Allah dan perlu bertaubat nasuha serta dikenakan hukuman yang sepatutnya.

 

5. Dalam Islam hukuman hanya dikenakan setelah ada bukti dan pasti ia benar-benar bersalah

 

6. Sekirannya pihak Polis hendak melakukan siasatan, maka semua bahan bukti hendaklah disimpan dengan rapi kerana jika menyebarkan gambar atau video yang tidak sepatutnya (lucah), menyimpan dan melihat serta berlaku fitnah, maka semua yang terlibat adalah berdosa

 

7. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas keatas pihak media kerana tiada sekatan dan kawalan dalam menyebaran luas gambar lucah atau berunsur lucah, teknik-teknik yang dilakukan perompak yang dijadikan bahan tontotan dan bacaan masyrakat umum akhirnya mendidik suasana masyrakat ke arah perkara yang tidak baik.

 

8. Imej politk pentadbiran islam juga tercalit kotor kerana media tidak berperanan dengan baik

 

Moga Allah selamatkan Malaysia daripada ancaman yang tidak sepatutnya.

 

 

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Jamadilakhir 1433H bersamaan 3 Mei 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: