Tanggungjawab Menjaga Keluarga: Sedutan Khutbah

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari khutbah Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (MARDI) UPM pada hari Jumaat, 10 Mei, penyampai khutbah ialah Ustaz Rahim Rafi’e yang menyentuh tentang Keprihatinan Ketua Keluarga Dalam Menjaga Keluarga Dari Api Neraka.

Khutbah kali ini mengupas berkenaan Surah At- Tahrim: 6

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

– Ayat ini merujuk kepada orang yang beriman kepada Allah, yang menuruti segala perintah Allah dan Rasul serta melakukan segala apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah dan Rasul.

– Allah berpesan kepada manusia yang bernama ketua keluarga dengan mewajibkan supaya bertanggungjawab dalam menjaga diri mereka serta keluarga mereka daripada terjerumus ke dalam neraka Allah.

– Caranya adalah dengan perbanyakkan taat kepada perintah dan suruhan Allah dan berzikir (Ibnu Abbas).

– Bagi mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul serta melanggar perintahnya maka akan dijadikan bahan bakar untuk api neraka yang terdiri daripada orang yang tidak akur kepada perintah Allah dan tidak bertaubat di atas kesalahan dosa yang dibuat.

– Untuk selamat dari neraka Allah syarat yang paling minimum adalah dengan melakukan yang wajib dan meninggalkan yang haram.

–  Tidak cukup dengan hanya percaya bahawa Allah itu ada.

– Tetapi perlu percaya bahawa Allah itu tidak ada sekutu bagiNya dan bersifat dengan sifat kesempurnaan dan berlepas dari sifat kekurangan.

Minta maaf kepada semua pembaca kerana tidak dapat sertakan rakaman kerana ada sedikit masalah. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca..aminn

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 24 Jamadilakhir 1433H bersamaan  15 Mei 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: