Kibr: Sedutan Kuliah Jumaat

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari kuliah sebelum  Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (Mardi) UPM pada hari Jumaat 18 Mei, penyampai Kuliah Jumaat ialah Ustaz Sukki Otahman yang menyentuh tentang sifat sombong dan takabbur.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Tidak masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan takabur walaupun sebesar zarah, dan tidak masuk neraka seseorang yang ada di dalam hatinya iman walaupun sebesar zarah.”

[Sahih Muslim, No. 91, Bab Tahrim al-kibr wa bayanih]

Allah sangat layak untuk bertakabbur kerana sesuai dengan sifat-sifat keagungan dan kebesaran Allah. Antara makhluk Allah yang mempunyai sifat takabbur adalah Iblis laknatullah. Ketika Iblis menjadi ketua para malaikat, Iblis mempunyai satu nama iaitu:

  1. Azazil (dalam bahasa Hebrew)
  2. Haris (dalam bahasa Arab)

Selepas menderka pada Allah maka nama tersebut ditukatr ganti kepada Iblis. Gelaran Iblis adalah kerana sifatnya dan takabbur dan sombong pada Allah. Itakan

Dalam tafsir Ibnu Kathir ada menceritakan berkenaan cerita penuh pengingkaran Iblis terhadap arahan Allah. Ketika mulanya hendak menciptakan manusia, terlebih dahulu Allah menciptakan jin sebagai penduduk di muka bumi Allah. Dan sebab itu dalam Surah ad-dzariyat: 56, Allah menyebut jin dahulu kemudian manusia.

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melankan hanya untuk beribadah padaKu”

Manusia dan jin adalah makhluk yang mukallaf iaitu makhluk Allah yang berakal serta boleh berfikir untuk memilih sama ada syurga atau neraka.

Ketika hendak menjadikan manusia, ada yang mengatakan malaikat mempertikaikan penciptaan manusia. Sebenarnya bukanlah malaikat itu mempertikaikan tetapi malaikat bertanya kepada Allah tentang penciptaan manusia kerana malaikat sangat pelik dan hairan.

Kenapa hendak dijadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah? Sedangkan dahulu Allah telah menciptakan jin yang duduk di bumi tetapi melakukan kerosakan di muka bumi serta ada yang berbunuh-bunuhan. Inikan pula sepsis lain (manusia) yang mungkin akan melakukan perkara yang sama seperti jin.

Lalu selepas ditanya pada Allah, Allah menjawab, sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui. Maka selepas itu, Allah memerintahkan kepada malaikat untuk sujud kepada nabi Adam as. Dan sujudlah malaikat kepada Adam melainkan iblis kerana iblis mempunai 2 sifat pula iaitu:

  1. Enggan
  2. Takabbur

Oleh itu, Allah menggolongkan iblis dalam golongan kafir.

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat “Sujudlah kamu kepada Adam,  maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk
golongan orang-orang yang kafir” 

(Al Baqarah: 34)

Berkenaan Takabbur juga, nabi melarang melabuhkan kain melebihi buku lali kerana wujudnya perassaan takabbur kerana sifat orang Arab dahulu adalah sekiranya mereka  melabuhkan pakaian maka akan wujud dalam hati mereka perasaan takabbur.

Oleh itu, umat Islam pada hari ini jangan salah anggap kerana haram bukan pada kainnya tetapi haram pada sifat takabburnya itu.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca..aminn

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 28 Jamadilakhir 1433H bersamaan  19 Mei 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: