Peranan Guru Mukmin Pemangkin Generasi Bertaqwa: Sedutan Khutbah Jumaat

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari khutbah Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (MARDI) UPM pada hari Jumaat, 18 Mei, penyampai khutbah ialah Ustaz Sukki Othman yang menyentuh tentang Peranan Guru Mukmin Pemangkin Generasi Bertaqwa.

Setiap orang adalah guru dan bukan hanya memandang kerjaya guru sebagai profession. Dan guru yang ulung tiada cacat  celanya adalah nabi Muhammad saw.

“Sesungguhnya aku diutuskan sebagai guru”

Walaupun hadith ini dhaif, namun isinya boleh dijadikan pengajaran bahawa nabi Muhammad itu adalah contoh guru yang terbaik di dunia ini dengan berjaya membawa manusia untuk menjadikan mengabdikan diri pada Allah.

Seseorang guru/pensyarah/murobbi/ustaz merupakan orang yang sepatutnya mengajak manusia kepada ketaqwaan kepada Allah. Kerana dari Abdullah bin Amr r.a, bahwa Nabi SAW bersabda,

” بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “

Maksudnya “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Guru/pensyarah/murobbi/ustaz bertangungjawab untuk menyampaikan ilmu yang mereka tahu walaupun sedikit. Seperti yang dikatakan di atas tadi bahawa guru bukannya melihat kerjaya guru sebagai profession tetapi melihat pada peranannya. Maka sebagai guru yang yang akan mendidik pelajarnya maka semestinya dia akan membetulkan dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik anak muridnya.

Pendidikan anak-anak adalah bermula dari dalam perut ibunya lagi. Maka ibu bapalah yang sebenarnya merupakan guru pertama buat si anak. Anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapa lah yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kain putih itu. Benarlah Rasulullah bersabda:

“Seseorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi”

Anologinya mudah. Sekiranya ibu bapa mengamalkan environment bollywood dalam rumah, maka anak-nak pasti akan terbentuk menjadi bollywood. Maka jangan dimarahnya anak itu kerana tidak membaca al-quran kerana itulah environment yang dibawa oleh ibu bapa. Sekiranya ibu bapa menyemai environment  hiburan dan tidak mengamalkan amalan-amalan Islam, maka anak-anak akan terbentuk ke arah itu.

Pensyarah dan guru sangat gembira melihatkan anak didiknya mendapat keputusan cemerlang dengan score A tetapi bukan hanya sekadar itu. Kerana tanggungjawab guru dan pensyarah juga perlu melihat akhlak serta sahsiah mereka. Para pensyarah dan guru perlu memastikan bahawa anak didik mereka bukan hanya score A dalam pelajaran malah score A dalam akhlak dan sahsiah Islam.

Pensyarah dan guru yang mengajar subjek kimia dan biologi sebagai contoh mempunyai peranan yang sangat penting untuk mengaitkan ilmu itu dengan kebesaran Allah swt. Inilah baru dikatakan guru yang terbaik.

Tidak guna sekiranya melahirkan anak murid untuk berjaya dakam pelajaran tetapi tidak menunaikan solat dan tidak gerun dengan kemurkaan Allah.

Membawa manusia mengenali Allah swt juga merupakan tanggungjawab seorang ketua jabatan, ketua seksyen dan mana-mana yang memegang tampuk organisasi. Sepatutnya mereka mesti berfikir setiap masa dan setiap saat untuk memastikan orang di bawah pimpinan mereka mengabdikan diri pada Allah.

Oleh itu, perlulah diingatkan bahawa tugas guru itu besar tanggungjawabnya dan bukan hanya sebagai kerjaya semata-mata.

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca..aminn

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 28 Jamadilakhir 1433H bersamaan  19 Mei 2012


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: