Tiada Amalan Khusus Dalam Bulan Rejab

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Akhirnya kita telah melangkah masuk ke Bulan Rejab yang hampir kepada Ramadhan. Maka di saat ini ada amalan yang diketengahkan untuk dilakukan. Sebagai contoh ada hadith yang lemah (Dha’if) dan palsu (mauduk) serta sahih.

Antara Hadis Lemah tentang bulan Rejab:
1- “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang dinamakan Rejab, airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab, maka Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
2- “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan”. (doa)
3- “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Syaaban”.

Antara Hadis Palsu tentang bulan Rejab:


1-“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku”.


2- “Kelebihan bulan Rejab atas bulan-bulan yang lain umpama kelebihan Al-Quran atas zikir-zikir yang lain”.


3- “Rejab adalah bulan Allah, sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dalam keadaan iman dan kesungguhan, maka dia wajib mendapat keredhaan Allah yang terbesar”.


4- “Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab, Allah akan memberikannya pahala sebulan berpuasa, dan sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan ditutup daripadanya 7 pintu neraka”.


5- “Sesiapa yang solat Maghrib pada malam pertama bulan Rejab, kemudian dia solat 20 rakaat, setiap rakaat dibaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sekali dengan 10 kali salam, kamu tahu tak apakah ganjarannya? Allah akan memelihara dirinya, keluarganya, hartanya, anaknya, dilepaskan dari azab kubur, melintasi jambatan Sirat seperti kilat tanpa disiksa”.


6- “Sesiapa yang berpuasa Rejab dan solat 4 rakaat, dia tidak akan mati kecuali nampak tempatnya di dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya”.


7- “Sesiapa yang solat pada malam pertengahan bulan Rejab sebanyak 14 rakaat, setiap rakaat dibaca Surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas 20 kali…..”.


8- “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agong, sesiapa yang berpuasa satu hari dalamnya, Allah akan memberikan pahala puasa 1000 tahun”.


9- “Aku diutuskan sebagai Nabi pada 27 Rejab…..”.
10- “Sesiapa yang solat pada malam 27 Rejab sebanyak 12 rakaat…..”.
Daripada Dr Yusof Al-Qardhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia:
 
“Tidak ada satu pun Hadis Sahih tentang bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan yang diharamkan berperang, sepertimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya:
“di antaranya empat bulan yang dihormati” (Surah At-Taubah: 36) iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, yang terdapat dalamnya beberapa kelebihan.Dan tiada satupun Hadis Sahih yang menceritakan tentang kelebihan khusus bulan Rejab, melainkan sebuah Hadis Hasan (Baik) iaitu:
“Bahawasanya Nabi SAW paling banyak berpuasa (sunat) dalam bulan Syaaban. Apabila ditanyakan kepada baginda tentang itu, maka baginda pun menjawab: Orang biasa melupakan bulan itu (Syaaban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan”. Maka, dapat difahami dari hadis ini bahawa bulan Rejab juga terdapat kelebihan.
(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasai)
Kesimpulan:
  • Tiada amalan khusus yang dilakukan oleh Nabi saw dalam bulan Rejab.
  • Nabi saw berpuasa banyak pada bulan Rejab adalah kerana Bulan Rejab adalah bulan Haram (diharamkan) berperang.
  • Digalakkan kepada kita untuk banyak berpuasa dalam Bulan Rejab iaitu puasa sunat Isnin & Khamis serta pada pertengahan bulan iaitu 13,14 &15 Rejab.
  • Tidak ada juga doa khusus nabi dalam bulan rejab. Tetapi sekiranya hendak berdoa “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan”  adalah boleh tetapi jangan disabitkan mengikut sunnah nabi.
  • Adalah lebih baik kita berdoa, “Ya Allah, panjangkanlah umurku supaya aku dapat bertemu dengan bulan Ramadhan“.
  • Perbanyakkanlah training ibadah sebagai persediaan awal untuk bertemu Ramadhan.
Moga Allah berikan apa yang terbaik buat kita dan yang penting adalah supaya kita menjaga hubungan dengan Allah dan tidak terputus hubungan itu walau setiap saat. aminn.

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 01 Rejab 1433H bersamaan  22 Mei 2012


1 Comment

  1. Reblogged this on nurulfarhanirozali and commented:
    Tambah Pengetahuan, reblogged post from Saudara Hazim presiden PMI UPM, Syukran atas Infromasi ini🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: