PAS Gagal Kuasai Medan

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده
والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Semakin ramai kawan-kawan saya bertanya pandangan saya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh orang kuat sayap PAS (pemda) Syed Abdul Kadir Aljoofre seperti dibawah ini:

1. Islam tidak pernah menutup ruang untuk berdebat kerana perdebatan yang berdasarkan hujah serta fakta yang jelas dapat menambahkan serta mencambahkan idea menjadi lebih baik dan bernas.

2. Dalam menentukan sesuatu keputusan juga, satu kelompok yang datang dengan satu idea perlu berbahas ataupun berdebat kerana di akhir perdebatan, yang melihat dan yang menyaksikan akan memilih manakah di antara idea yang terbaik untuk diambil berdasarkan idea, hujah, dan fakta perbahasan yang terbaik yang disampaikan.

3. Selagi perdebatan itu mengikut garis panduan Islam maka boleh diteruskan dan amat digalakkan. Sebab itulah Islam bukannya sempit dan perlu ingat bahawa Islam ada prinsip tetapi terbuka. Selaku seorang pendakwah sepatutnya perlu memandang agama dengan keluasan. Sebagai contoh Islam mempunyai pendebat yang membincangkan mengenai agama yang lain iaitu Sheikh Ahmed Deedat adalah seorang tokoh Islam yang popular di peringkat antarabangsa kerana pakar dalam membincangkan perbandingan agama. Begitu juga Dr Zakir Naik yang merupakan seorang doktor perubatan melalui latihan profesional dan  terkenal sebagai pemidato yang dinamik antarabangsa mengenai Islam dan Perbandingan Agama. Mereka merupakan idola debat muslim.

4. Perdebatan juga dilakukan kerana untuk menyelesaikan kemelut rakyat serta untuk kemaslahatan ummah dan kepentingan Islam.

5. Rakyat pada hari ini yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, majoritinya mahukan bakal pemimpin mereka yang petah berhujah, buat kerja, turun padang serta boleh mentadbir negara dengan baik seterusnya menjana ekonomi negara dengan baik.

6. Dalam kisah Talut dan Jalut yang diceritakan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah bahawa Allah memilih pemimpin yang bukan dari kalangan orang yang kaya serta keturunan raja. Tetapi Allah menurunkan seorang pemimpin (Talut) yang memiliki dua ciri semasa yang diperlukan oleh rakyat Bani Israel dan pada ketika itu ditindas. Ciri-ciri itu adalah mempunyai kekuatan badan (fizikal) serta berilmu yakni mahir dari segi selok-belok perang.

7. Begitu juga hari ini. Rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai ilmu agama yang tinggi serta yang mampu untuk menguasai hal-hal pentadbiran negara terutamanya soal pengurusan kewangan ekonomi negara.

8. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) masih lagi berada di takuk yang lama dengan ‘style‘ pondoknya yang mana majoritinya adalah faqih dalam bidang ilmu agama/ akhirat tetapi tidak faqih ilmu dunia. Apabila pemikiran ini tidak di transformasikan ke arah waqi’e semasa, maka PAS akan mula menjadi Parti sekular yang memisahkan agama dan hal keduniaan.

9. Oleh itu, sebagai sebuah parti yang mengatakan membawa agenda Islam maka, PAS juga perlu lebih ke hadapan dari sudut ilmu pentadbiran negara serta menguruskan kewangan negara kerana itulah permintaan rakyat dan PAS perlu lebih banyak melahirkan pakar-pakar dalam bidang ilmu keduniaan terutamanya untuk menguruskan ekonomi negara kerana PAS masih lagi gagal dalam melahirkan pakar-pakar ekonomi serta yang mahir dalam selok belok hal pentadbiran negara.Tidak dinafikan bahawa PAS telah melahir beberapa tokoh yang sangat baik seperti Ir. Nizar Jamaluddin sebagai jurutera yang hebat serta YB Husam Musa yang mahir berkenaan selok-belok ekonomi. Tetapi kuantiti ini sangat sedikit  dalam PAS dan inilah yang perlu difikirkan oleh PAS terutama sayap kanan iaitu pemuda PAS kerana pemuda adalah tunjang parti. Pemuda terajui PAS dengan baik bersama dengan sokongan anak muda maka insyaAllah tidak akan mustahil sengatan PAS semakin berbisa buat kerajaan yang zalim.

10.  Kenyataan di atas yang dibuat oleh Syed Kadir Aljoofre, pimpinan pemuda parti hanya memalukan sebuah parti Islam. Tidak perlu menggunakan hujah agama untuk mengelak dari berdebat tetapi mengaku sahajalah bahawa tiada wakil dari PAS yang boleh berdebat seperti Khairy dan Raffizi dalam bidang ekonomi yang beserta hujah dan fakta. PAS perlu melakukan transformasi untuk memastikan Islam di hadapan dengan melahirkan labih ramai lagi pakar-pakar dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi, hal ehwal pentadbiran negara dan sebagainya. Dan diharapkan pemuda PAS lebih agresif dan sengatannya perlu lebih berbisa untuk menunjukkan bahawa ISLAM itu mampu mentadbir negara dengan melahirkan lebih ramai ‘amilin PAS yang pakar bermacam-macam bidang.

Wallahu’alam

MUHAMAMD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 9 Rejab 1433 H bersamaan 30 Mei 2012

9 Comments

  1. syakir

    ASSALAMUALAIKUM.

    SALOH KO NIE… DOP BETOI.

    DAH KALU KO HEBAT SGT… KO P LAA BERDEBAT DENGAN DIORG 2…

    XSANGKA PULA AK SEORNG PEMIMPIN PIMPINAN PERSATUAN ISLAM BOLEH KELUARKAN KENYATAAN SEDEMIKIAN. MACAM ORG XNGAJI AGAMA. MALAH PERLEKEH PULAKUST SYED ABD KADIR.

    SEBENARNYA KO TERLALU OBSES DENGAN POLITIK. BUKAN ISLAM. SB 2 BYK TINGKAH LAKU KO XKENA DENGAN APA YG ISLAM AJARKAN.

  2. syakir

    ak berpendapatan, ko lbh menggunakan akal fikiran untuk mengeluarkan hujah.sedangkan para ulamak menggunakan panduan al quran dan sunnah.

    macam ko lebih pandai dr ulamak pulak. maafla. bukan nk kondem. tp nmpak sgt adh ko nie berlebihan.

    kalu dah rasa diri 2 besar sangat, hebat sangat, ilmu mantap, sebagai presiden, pergilah berdebat dengan diorg. jgn nk kata berdebat dengan diorg, dengan pihak pengurusan universiti pun ko xmampu nak buat apa2..

    xperlu pergi jauh. ko tgk keadaan sekeliling ko. bagaimana keadaan skg?? para pelajar islam?? macam mana?

    sedih lak ak dengan ko nie… maafla. tp kali nie mmg ak xstuju sgt dgn ko. terima kasih.

  3. syakir

    sebenarnya ko xfaham apa yg dimaksudkan dengan syed kadir di atas.

    sebaiknya ko p belajar dasar ilmu islam. amk kos dakwah dalam islam lain kali. nk komen pun agak2laa broo.. mcm org gile ak tgk ko nie. xtahu hala tuju. pmi pun tunggang langgang.

  4. Radieah Muhammad Nor

    Assalamu’alikum Tuan Presiden,

    Islam tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan Islam.. Imam Syafie pernah berkata: “aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”.

    Sebelum menulis artikel ini, enta seharusnya menilai banyak perkara tentang apa yang dikatakan oleh Ust Syed Khalid al-Joofre dalam FBnya. Jangan terus menulis pandangan sendiri. Ust Syed Khalid al-Joofre mengatakan “ada yang meminta beliau berdebat dengan Fathul Bari”. Ust menolak kerana perbahasan tersebut kerana ia akan melibatkan dua sayap kanan profile agama dalam parti masing-masing.

    Apabila melibatkan dua profile ini perdebatan boleh membuatkan masyarkat umum akan menjadi lebih bercelaru dan masyarakat bukan Islam akan melihat Islam itu ada kelemahannya. Tuan Presiden, Nabi bersabda bernamksud “Islam itu tinggi tiada yang tinggi melainkannya”.. Nak berdebat pun perli lihat dengan siapa Tuan Presiden..

    Ana ingin katakan enta banyak terlepas pandang. Enta katakan “PAS Gagal Kuasai Medan” tetapi sebenarnya enta yang gagal kuasai isu. PAS banyak mengajak UMNO berdebat. Bahkan presiden PAS sendiri telah bersedia berdebat dengan PM Najib Tun Razak. Taip sahaja dalam Google perkataan “debat UMNO dan PAS”, beratus artikel, akhbar dan video menceritakan PAS mengajak UMNO berdebat.

    Sungguh pelik enta…

    Berhati-hati dengan siapa kita ingin berdebat. Bimbang nanti berlaku buruk di kemudian hari. Enta mengatakan “…..Kenyataan di atas yang dibuat oleh Syed Kadir Aljoofre, pimpinan pemuda parti hanya memalukan sebuah parti Islam. Tidak perlu menggunakan hujah agama untuk mengelak dari berdebat tetapi mengaku sahajalah bahawa tiada wakil dari PAS yang boleh berdebat seperti Khairy dan Raffizi dalam bidang ekonomi yang beserta hujah dan fakta….”

    Hati-hati apa yang enta katakan. Agama seharusnya menjadi landasan dalam setiap perkara selaku Mukmin, tetapi enta katakan Ust Syed Khalid al-Joofre menggunakan agama untuk mengelak… Dangkal sungguh hujah enta.

    Akhir kalam dan tulus ikhlas dari hati ana untuk Tuan Presiden PMIUPM,
    hati-hati apabila mengeluarkan kenyataan terutama sekali apabila melibatakan perjuangan sebuah jemaah…

    Hati-hati!

    Wassalam

    • Radieah Muhammad Nor

      ralat* bukan Ust Syed Khalid al-Joofre tetapi Ust Syed Abdul Kadir Aljoofre

  5. anak

    presiden PMI. bajet tau semua… tak jadi pimpinan pas pun ckp kalah pimpinan pas..
    memalukan betul.ne la manusia zaman skrg.. dulu cbr KP, mamat ne gempak dalm blog n fb jeeeee….. bukan berani berdepan… prangai tak ubah mcm fathul bahri.. belakang berani, depan tarak apa.. 00000000

  6. JGN SESEKALI JD DURI DALAM DAGING

    budak bajet bagus….
    kalu org paggil tak beradab nak marah….
    sikap n prangai mcm org tak di tarbiyah..
    sgt2 memalukan…..

  7. rider hitam

    ekeleh. kemain lagi komen2 membackup mamat aljoofree ni.
    apa seorang rakyat, seorang pemuda, seorang mahasiswa tak boleh nak lontar sudut pandang dia terhadap kenyataan pemimpinnya?

    apa jemaah pun tak boleh dikritik? nak main isu adab dan akhlak jugak?

    kullu haq, walau kaana muraa!

  8. haslina hashim

    **Isu lama. tp baru jumpa dan baru mahu komen

    Rider Hitam: bukan jemaah tidak boleh dikritik. boleh. tp kritikan perlu kene cara dan adap.
    mengapa tidak jumpa sendiri bersemuka dangan ustz syed dan kritiklah sepuas-puasnya.. menulis di blog ni siapa shj yg membacanya? anda-anda semua dan saya. ustaz baca? ustaz tahu? zalim bukan tidak meletak kn sesuatu pd tempatnya..? mengkritik dibelakang tp tidak didepan. pd siapa penulisan ini mahu ditujukan sebenarnya? tepuk dada tnya iman kita.

    tidak salah. hidup penuh tunduk dan hormat meski kita nnt presiden sebuah negara. itu yg Rasulullah ajar kita tentnag akhlak. tentang Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: