Akhlak Nabi Ketika Berdepan Dengan Musuh: Sedutan Khutbah Jumaat

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Perkongsian kali ini adalah dari khutbah Solat Jumaat di Masjid Lama Kompleks Pertanian Serdang (MARDI) UPM pada hari Jumaat, 01 Jun, penyampai khutbah ialah Ustaz Johari Wahab yang menyentuh tentang Tafsiran surah At-Taubah: 84.

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah:84

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ (84)

Maksudnya:

Dan janganlah kamu sekali-kali menyalatkan jenazah seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini berdasarkan Asbabun nuzul yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin Abbas r.a katanya: “Tatkala Abdullah bin Ubay telah mati, datanglah anaknya kepada Rasulullah meminta agar Rasulullah saw. sudi memberikan sehelai bajunya untuk kafan ayahnya, maka Rasulullah memberikan sehelai bajunya. Sesudah itu anaknya meminta agar Rasulullah saw. menyalatkan jenazah ayahnya. Rasulullah saw. bersiap untuk menyalatkannya. Umar bin Khattab yang ada bersama Rasulullah menarik baju Rasulullah saw. seraya berkata, “Ya Rasulullah, apakah engkau akan menyalatkannya padahal Allah telah melarang engkau mendoakannya?” Maka Rasulullah menjawab, “Saya akan mencuba mendoakannya lebih dari tujuh puluh kali.” Umar mengatakan, “Diakan orang munafik?” Rasulullah terus menyalatkannya, maka turunlah ayat ini.

Dalam ayat ini Allah swt. melarang menyalatkan jenazah orang-orang munafik juga melarang berdoa di atas kuburannya sesudah dikuburkan seperti yang biasa dilakukan Rasulullah terhadap orang-orang mukmin yang sudah dikubur sebagaimana tersebut dalam hadis berikut:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه فقال: استغفروا لأخيكم وسلوا له التثبيت فإنه الآن يسأل
Artinya:
Adalah Rasulullah apabila sesudah menguburkan seorang mayat beliau berdiri di kubur itu seraya berkata, “Mintakanlah ampunan bagi saudaramu ini, doakanlah supaya dia tetap (dalam keimanan) sebab sekarang dia sedang ditanya.”

Keterangan

Peristiwa yang terjadi pada Abdullah bin Ubay ini cukup menggentarkan orang-orang munafik lainnya suatu penghinaan yang cukup berat dijatuhkan atas diri mereka. Tetapi mereka masih tetap dalam kemunafikannya. Ini merupakan hukuman bagi mereka di dunia sebab mereka selalu ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tergolong orang-orang yang fasik terlampau berani mempermainkan perintah dan larangan Allah.

Walaupun orang munafik itu memfitnah isteri nabi, Saidatina Aisyah r.a berzina, tetapi nabi masih lagi menunjukkan akhlak yang baik terhadap musuh ketatnya sehingga menyolatkan jenazah Abdullah bin Ubay dan seterusnya ke kuburannya. Subhanallah… Saidina Umar juga hairan dengan perangai nabi yang menunjukkan akhlak pada musuh Islam itu walaupun Umar telah mengingatkan nabi tentang segala apa yang dibuat oleh Abdullah bin Ubay itu. Tetapi nabi tersenyum lalu menyuruh Umar ke tepi untuk nabi melakukan solat jenazah.

Sehingga nabi ikut sampai ke kuburan. Lalu setelah puas Umar peringatkan nabi tentang apa yang dilakukan pada Islam dan RasulNya, maka Umar menyerahkan semuanya pada Allah dan Rasul kerana Allah dan Rasul lah tahu yang mana yang terbaik.

Ketika Nabi saw. melakukan salat jenazah atas kematian Ibnu Ubay (pemimpin orang-orang munafik), maka turunlah firman-Nya: (Dan janganlah kamu sekali-kali menyalatkan jenazah seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya) untuk keperluan menguburkannya atau menziarahinya. (Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik) yaitu dalam keadaan kafir.

Begitu mulia akhlak Nabi Muhammad saw walaupun musuh Islam itu cuba menghancurkan Islam, Nabi masih tetap menunjukkan akhlak yang baik. Sehingga kini kita tidak tahu siapakah orang munafik dalam kalangan umat Nabi Muhammad saw kerana hanya nabi Muhammad saw serta Huzaifah ra sahaja yang tahu dan kedua-duanya telah wafat dan meninggal dunia. Nabi hanya membongkarkan siapakah munafik kepada Huzaifah sahaja. Maka Umar yang juga antara sahabat nabi yang dijamin syurga pun berjumpa dengan Huzaifah untuk bertanya yang dirinya itu termasuk dalam senarai orang munafik ataupun tidak.

Kita tidak tahu siapakah orang munafi tetapi nabi telah menerangkan ciri-ciri orang munafik. Moga-moga kita terhindar dari golongan munafik ini. Peringatan untuk kita bersama dan berakhlaklah seperti Nabi Muhammad saw.

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 12 Rejab 1433H bersamaan  02 Jun 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: