Akad Nikah Diiringi Dua Peristiwa Penting

الحمد لله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده و هزم الأحزاب وحده

والصلاة والسلام على النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, kepada junjungan besar nabi Muhammad serta keluarga baginda, sahabat-sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah saya telah diijabkabulkan dengan Noor Azizah Binti Abu Samah, 22 tahun. Saya tidak mahu bercerita perihal perjalanan perkahwinan saya cuma hendak memberitahu dua peristiwa yang cukup menyentuh hati saya dalam masa untuk melangsungkan pernikahan saya.

1. Kematian Ustaz Yahya Othman

Saat saya mengumumkan tariikh pernikahan saya pada maghrib hari khamis, 14 Jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433 H, saat itu juga dihantar kepada saya melalui SMS yang memaklumkan mengenai berita kematian seorang murobbi Tarbiyah iaitu Ustaz Yahya Othhman.

Masa itu memerlukan saya balik untuk menguruskan hal-hal pernikahan saya. Maka perasaan sedih sangat menyelubungi hati saya kerana saya tidak sempat ke Machang, Kelantan untuk memberikan penghormatan terakhir dengan mendirikan solat jenazah ke atasnya. Tubuh itu pernah beberapa kali memberikan sentuhan jiwa Rabbani kepada diri saya.  Membuatkan saya rasa dekat pada Allah.

Saat itu mengingatkan di lubuk pemikiran saya bahawa Allah akan mencabut ilmu-ilmu dari dalam dada manusia dengan mematikan para ulama’. Inilah petanda akhir zaman…

2. Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Selepas saya diijabkabulkan pada pagi jam 10 pagi, hari Ahad 24 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433 H, saya dimaklumkan dengan berita yang sangat gembira iaitu dengan kemenangan yang dirangkul oleh Ikhwanul Muslimin memegang jawatan Presiden Mesir, Muhammad Mursi. TAKBIRR!!.

 

Berita gembira ini adalah sebagai pengubat kesedihan hati saya ini yang menghadapi kematian murobbi Ustaz Yahya Othman. Allah gantikan kesedihan saya dengan kemenangan Islam di Mesir..

Pernikahan saya bersama Azizah ditutup bersama-sama sahabat-sahabat saya dengan DOA WEHDAH dengan beramai-ramai dan penuh semangat jihad di dada… Alhamdulillah semoga Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi Mujahideen yang berperang untuk Allah!! aminn

wallahu’alam

“PENCETUS INSPIRASI”

Disediakan oleh:

MUHAMMAD HAZIM MOHD NOH

Presiden,

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)

Bertarikh: 09 Syaaban 1433H bersamaan  29 Jun 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: